Thursday 8 August 2019

SIRIM Cosmetics Training Dec 2018

Entry ni kalau nampak serabut skip jer.. sebab memang agak la keserabutannya... penat otak dan tenaga tapi berbaloi amatlah bagi orang macam aku ni

Bila SIRIM offer untuk kami sertai kursus separuh pembiayaan Fraunhofer Germany.. rugi rasa kalau tolak ... 4 dari kami sertai untuk menambah nilai tambah yang ada pada diri masing-masing

gayat sebenarnya ikut kursus ni...semua yang lain tu founder..kami berempat saja staff.. jadi cara berfikir peserta lain agak lain dari yang lain..orang masyuk RM bulan-bulan kaaan...tapi yang best semuanya cakna keselamatan pengguna dan humble habis laah



abaikan candid Mak anak 3 ni menimbang Raw... nak acah-acah newbie tapi tak berjaya bila nampak banyak maxima material SIRIM ada dalam Lab dan terhidu keseronokan kursus


ni la 4 peserta wakil dari HALAGEL.. berlainan unit tapi bila kursus moh ler nampak macam adik beradik...saat posting ni ditulis Syafiera dah selamat jadi staff Swiss Lab

tengok la alatan SIRIM ada..bukan timbang kilo tau...work from scratch


dah namanya aweks..bukan boleh jumpa kamera...sawan..

tapi Cikgu kitorang punya la baik..maka lagi syok la aktiviti ni


ni posing gaya DUA LIPAS

Diva sangat kau dengan labcoat


pada akhir kursus..ni la produk yang kami hasilkan dalam kumpulan

melampau sikit sebab banyak dari group lain buat

mana taknya..aku buat 2 solo experiment.. saja gatal try test ...mampu ke idok..

since ada 1 meja kosong..satu lagi group tu dah settle buat keja

aku gasak 2 corner tu buat solo job

aku memang suka solo..alone is better

kak long kawasan sangat kaan..



aku pon tak paham nape pose ni trending .. sah bebudak BBNU dalam group la yang ajak pose

kami yang lain ikut saja

gambar waktu ni..nampak sangat kan kematangan para usahawan

tolak tepi la kami 4 ketul dari Halagel

masing-masing ada jenama sendiri waima batch from home lab..

aku suka ada satu perserta ni...  what inspired her to explore adalah kerana anaknya ekzema

aku tabik dengar cita dia
acara pembungkusan batch dar bikar

aku tak join time ni sebab sibuk dengan gerakan solo

maksimakan guna alatan SIRIM yang canggih ni...

 pack cream tu aku dah jemu buat...my routine job pon sebenarnya
best bila siap...

satu serum yang aku buat solo tu Mummy minta sebekas

memang ada buat lebih dengan senang hatinya aku berikan buat Mummy

untuk pengetahuan uoolss.. Mummy ni ada salon..pestime aku jumpa beliau di Bangkok

ikut delegates FMM

kat bengkel ni kali ke dua
certified juga akhirnya

dah berapa belas tahun keja..

ni pestime dapat sijil

bukan kaleng-kaleng
Korang jangan memain...setiap batch produce Cikgu yang jadi QC

Mummy ..Tok Lan n Cikgu



Sempat jugak lepak Ehsan...

walaupun hanya limau suam pengubat pening








Ashland Actives





















Saturday 9 December 2017

Bangkok..the best destination for #tiredbodymindnsoul compilation of 2 InCosmetics visit

Memandangkan kerja Momma ni banyak melibatkan kosmetik maka hadaplaah.. Kosmetik je kejenye dari pagi membawak ke mimpi

Actually apa yang membawak Momma ke sini adalah InCosmetics yang sangat best lagi menarik untuk diteroka.. bilamana terlibat sebagai orang di belakang tabir dan industri Kosmetik... maka beginilaah

tapi...bukan InCosmetics sahaja... Pengembaraan ke Madame Tussauds Bangkok yang berada di Siam Centre.. sangat mengujakan bagi yang peghak buih seropa Momma ni

cara nak pi senang ja...hangpa naik BTS..bukan BTS kpop tu...BTS keretapi Bangkok macam MRT kita la senang cerita... turun kat stesen "Siam Centre"

kat situ hangpa boleh akses ke Siam Paragon (ni macam Pavilion kita)..Siam centre...MBK Plaza.. macam-macam la

BTS ni murah tambang dia kalau hangpa nak tau...lagi satu selamat..walau jarak seinci ja dengan orang sebelah masa bersesak naik BTS ni... takdak la dia nak raba ka apa...baguih orang Bangkok ni..hormat orang dan mungkin depa beysa dah hadap orang luar ni

kalau nak gi Terminal One...kena turun stesen "Asok"


Cayalaaah... Tok Det pon ada dalam ni... tanpa mengira apa pun latar belakang politik... kita kasi satu snap kat Tokoh dari Malaysia yang diabadikan dalam ni


Ini Rusia punya Presiden... Vladimir Putin

kalau nak jumpa live ni tak tau tahun bila boleh jumpak kan....



hat ni Time tunnel sungguh..pasai Pablo Picasso pon Momma jumpak dalam ni

sempoi gak kan Muzium Patung Lilin ni


Momma dok kerling ja ke seluaq Picasso ni...kain pelikat la la la la ka ni..

ermmm.. orang art abstract suka gak noh dengan Geometri


alang-alang terserempak dengan orang kuat pesbuk ni..meh kita interview..cana nak maju dengan pesbuk..kot dia boleh sponsor free adds ka ...kaan

bertuah la kalau dapat


hat ni Albert Einstein

kira mahaguru para graduan ilmu cabang sains laaa...

tabik satu kali Pak


aku terkejut badak bila tau ni Mozzart

awat rambut dia centu...macam Thomas Elba Edison pon bertanjak gak ..macam kena karen la rambut dia..

kawan aku kata..betoi laa...rambut dia pesyen Band Mordern talking kalau perati elok-elok

..haa lah...halaaah....tapi takpa...boh sedaih selepiaq


"Abg Beckham ...Abg Beckham... Nak air tak?"... tanya awek jubah hitam tu

"air apa ada?"..tanya Abg Beckham

"air love U..."...

eh..terpick up line pulaks...berlakon je ni..bukan betul-betul


kami dua nak attend Majlis Kahwin ... ada soalan lain tak...

fefeeling poyo sat la kann... jadi PA Zayn Malik ni haaa


Ni tapak acara..kat BITEC Bang Na..syorga weh..hangpa kena cuba try test satu kali..

berbaloi bagi yang nak pergi sebab macam one stop centre la... ramai jugak founder yang mai sini kalau hangpa nak tau la


antara produk kreatif Thailand berasaskan VCO


study time dengan sifu... from Italy lagi

mamamia...pizza...


susah jadi Momma ni nak..ramai orang ajak bergambar...

poyo lagi

ni kalau nak tahu... sebelum masing-masing terlibat dengan Biznes bahan mentah kosmetik

depa ni pon Researcher atau Formulator Kosmetik



Benda yang paling best dibuat...Formulation lab

Momma rasa Momma kecik ja bila ramai-ramai berkumpul dalam kumpulan buat tugasan

kat Badge masing-masing Sr R&D Manager la..

Sr Researcher la

datang dari segenap pelusuk Asia demi secebis ilmu

Momma ja Exec cabuk....huhuhuhu...

kalau tak sedar diri asyik nak dok dalam comfort Zone saja...rugi..sebab tak ambik teladan



kat pesbuk..ponder-ponder suka la post gambaq background yang ni

so Momma pon nak jugekss... walaupun Momma bukan ponder



letih punya pasal...topup balik energy dengan GULA

abih la...balik Malaysia naik berat badan..asyik makan ..makan...makan

tapi banyak juga berjalan... berkilometer kaki melangkah

sampai hotel rasa nak pitam

lena tidur malam... sebab keletihan

masa ni memang kelakar..

best perhatikan orang makan ... Mee Segera dengan Bacon...

terkujat kejap.. tapi buat rileks ja la kann


melawat Giffarine ni sebagai Duta FMM Malaysia dan juga ASEAN

terasa serupa VIP oooo



sebelum balik sempat lagi ke MBK Plaza....

wajib pergi kalau nak beli souvenir

jangan gi lewat sangat...Bangkok ni boleh kata semua kedai tutup awal kecuali hawker


bawah fly over pon boleyhhhh

dah ada kat Bangkok..jangan lupa terjah Boots

drugstore yang meriah dengan pelbagai Brand



Nana... destinasi makan-makan yang syok dan puas hati

banyak halal food... aku pakai baju nak tido sebenarnya tu... asalnya nak gi 7E ja

melarat sampai Nana

Nana ni banyak Kedai Turki dan Arab

so..lega kejap nak isi perut

SIRIM Cosmetics Training Dec 2018

Entry ni kalau nampak serabut skip jer.. sebab memang agak la keserabutannya... penat otak dan tenaga tapi berbaloi amatlah bagi orang maca...