Addvertisment 1

Advertisment 3

Friday, 22 June 2012

Tempahan Cuppies (Cup Cake) Di Buka bagi Perlis, Kedah, Penang dan Utara Perak


Tercari-cari sesuatu yang istimewa untuk keraian, majlis Kahwin, Sambutan Hari jadi, Dedikasi sempena hari istimewa....


Zyl-Da ada menyediakan semua ini...anda boleh email ke yongnn.mscm@gmail.com untuk pertanyaan dan tempahan...INSYAALLAH..... Zyl-Da akan penuhi permintaan anda seadanya......

Thursday, 21 June 2012

Sabun merawat resdung buatan sendiri

sesaja nak share..orang cakap jka share ilmu kita takkan rugi malah ilmu akan makin bertambah....

mesti ada yang mengalami masalah resdung...bangun pagi je gerenti bersin ...aaacchhhhooo!!!...takmo berenti sampai la ke tengah hari...ada juga yang gatal-gatal bawah mata bila makan makanan laut (kerang, udang, belacan)....ada juga yang suka sangat bau bunga kantan....haaa...yang gemar bau bunga kantan tu..jangan buat-buat lupa ye..anda pun dalam famili penghidap resdung......

bukan teman ni nak promote barang tapi nak syor aje...teman pernah makan herba ni......malah teman letak sekali dalam sabun gliserin cair, cairkan blok gliserin dengan kaedah seperti nie .....mudah aje...blok sabun nak dapat kat mana??...haaa..beli kat sini .....

okeh..malas nak bebel panjang-panjang....blok sabun potong kecik-kecik...masukkan ke dalam bekas stainless steel, buat double boiling macam kita cairkan coklat untuk salut Biskut Almond London....taknak kacau kerap sangat sebab nanti sabun berbuih....

Cair je sabun...terus masukkan herba seperti gambar di bawah

herba ini boleh didapati dari mana-mana outlet HPA atau boleh beli online di sini 

Herba ni didatangkan dalam bentuk kapsul, terus je buka kapsul (10 kapsul untuk separuh blok sabun) untuk hasil yang berkesan. Tak perlu tambah air dalam sabun

kacau herba seketika dalam larutan sabun dan tuangkan dalam acuan yang dikehendaki...

apabila sabun beku, bolehlah dibungkus dengan "plastic wrap"

*tak sempat nak snap gambar sabun yang siap....posting ditulis selepas 2 hari sabun dibuat, stok habis...

Penang...Destinasi yang tak menghampakan

Sibuk bebeNor semalam tetapi direzekikan Ilahi untuk berjaalan-jalan dengan yang tersayang...alang-alang ada hal di Penang maka merayap teruslah since cukup ahli... selalunya begitulah, spontan sahaja terjadi. 

En Hunny B terus saja ke Bukit Bendera, Parking pun mudah malah nak akses ke Keretapi Bukit Bendera pun dekat aje. Jalan sikit je dah sampai. Bagi yang Pertama kali ke sini, pasti teruja sebab kemudahan Pihak Perbadanan Negeri Pulau Pinang sediakan cukup selesa. Dengan Harga tiket RM8 untuk dua hala (pergi dan balik) untuk warganaegara Malaysia Dewasa, Kanak-kanak bawah 3 tahun tidak dikenakan bayaran. Jika suami isteri yang ada 2 anak berumur 3 tahun hinga 12 tahun pakej RM18 disediakan. Jimat dan puas hati.

Cadangan kepada sesiapa yang bakal melawat Bukit Bendera dengan anak-anak, anda bolehlah bawa sedikit bekalan makanan yang ringkas. Jadi bolehlah menikmati perkelahan yang menggembirakan dengan bayu dingin menghembus. Terasa macam kat luar negara gitu.

yeehhaaaa...bestnya cuti-cuti Malaysia
4 dari 5 bintang diberikan kepada Bukit Bendera. Sekurang-kurangnya terubat juga hajat Budak Kecik nan sorang tu nak naik "Chuggington"....bersungguh benar anak-anak yang naik keretapi Bukit Bendera. Boleh nampak dari air muka anak-anak keriangan yang buatkan hati ibu bapa rasa puas.

Going down ...
Ramai juga pelancong luar yang datang ke sini. Rata-rata dari Timur tengah, Borneo....hurrmmm..Tahniah buat Pengurusan Keretapi Bukit Bendera...

tinggalan sejarah...keretapi Bukit Bendera yang pertama kali
Setelah jalan-jalan sekitar Bukit Bendera, tibalah masa untuk turun ke bawah...rasa hati tak nak turun ke bawah tapi apakan daya banyak lagi perkara perlu diselesaikan.

suka bunga ni...selalu dapat tengok yang versi Plastik
Paling menarik bunga-bungaan yang ada...sebelum ni hanya dapat tengok versi Plastik....cantik-cantik bunga kat Dataran Bukit Bendera..terasa bukan seperti di Malaysa...So layaaan jap berangan kononnya kat luar negara okeh!!

kepenatan....
Kepenatan??? itu sudah mesti sebab banyak sangat mendaki cerun dan tangga tapi hati menten gumbira.... kalaulah dapat berumah kat sini...apakah mungkin?...mungkin TIDAK...

pintu masuk Butterfly Farm
Turun je Bukit Bendera...terasa macam ada tenaga lagi...So...En Hubby drive ke arah Feringhi...hati tak dapat nak teka ke mana destinasi...rupa-rupanya dah sampai ke Taman Rama-rama Pulau Pinang.

Tiket Masuk RM18 bagi warganegara Malaysia Dewasa, kanak-kanak bawah 3 tahun percuma

Cantik
Bagai berada dalam alam Fantasi...
itulah yang dapat dirasakan tatkala melangkah je masuk ke Taman Rama-rama ni. Beterbangan ke sana ke mari dari satu unga ke pohon yang lain....asyik melihat makhluk Allah yang comel dan cantik ini....sukar digambarkan dengan kata-kata hanya "Subhanallah" terucap dalam hati...

kreatif...
Si Kecik yang mulanya agak takut untuk explore...menjerit kecil bila rama-rama terbang hampir dengan nya. tapi setelah melihat seorang kanak-kanak Arab yang bermain-main dengan rama-rama yang jinak terus saja datang semangat Si Kecik....terus dikejarnya rama-rama..paling kelakar dia yang masih pelat sebut rama-rama sebagai "butterpie"...

explorasi si kecil
memang sesuatu yang menarik bagi anak-anak. Tak kira dari negara Arab, Malaysia mahupun negara-negara lain, jelas kelihatan anak-anak yang mengunjungi begitu berminat dengan explorasi Rama-rama.
 Jurubahasa yang mengiringi beberapa rombongan memberikan kerjasama yang amat baik kepada Pengunjung. 5 Bintang (markah penuh) untuk Taman Rama-rama Penang.

Subhanallah
Explorasi kami sekeluarga juga mengambil masa yang panjang, tak jemu mata memandang keindahan Ciptaan Ilahi.

kolam yang jernih dengan ikan yang banyak dan menarik
Keuntungan ke Taman Rama-rama ini, dapat lihat pelbagai spesis rama-rama dan kupu-kupu, dapat menyejukkan mata yang keletihan, dapat belajar banyak perkara tentang flora & fauna. Malah kolam ikannya bersih dan menampung pelbagai spesis ikan.

periuk kera pelbagai spesis
Periuk kera pemangsa juga ada di sini...sekurang-kurangya buat pelajar Botani anda dapat tambahan ilmu di sini

posing sebentar
Dekorasi yang menarik serta penjagaan rapi pihak pengurusan, membuatkan suasana Taman Rama-rama ini begitu unik. Sangat mesra kanak-kanak

jinak
memang jinak rama-rama disini, anda akan berpeluang merasai rama-rama hinggap di atas kepala, tangan, dan baju.

Ada juga yang geli dengan rama-rama..tetapi setelah beberapa ketika rasa geli dengan makhluk ini akan lenyap dan anda akan mula mahu bermesra dengan serangga cantik ini

baba...tengok tu
Pengalaman yang tak dapat dilupakan....banyak iktibar yang diambil. Contohnya melihat rama-rama yang baru keluar kepompong. Masih basah, lemah tak berdaya terbang. ada juga yang survivalnya singkat, mungkin kalah dengan rakan sejenis yang lebih gagah sewaktu berebut pasangan, tersungkur layu atas tanah...begitulah kita Makhluk Nya apabila dijemput nanti hanya sekujur badan tanpa apa-apa kudrat hanya amalan yang menjadi bekalan...

observe rama-rama
puas jalan-jalan...mulalah nak atur jalan ke arah pintu keluar. dengan berat hati melangkah keluar dari Taman menuju ke Galeri dan seterusnya kedai cenderahati yang berada dalam lorong untuk keluar

spesimen yang menarik

Tuesday, 19 June 2012

Bila Kitchen Dummies Masuk Cupies Class ;)

Dah lama teringin nak masuk Class Belajar Cup Cakes...selama ni hanya buat versi belasah main tiru-tiru resepi mak je. Sibuk dengan buku dan memang tak sempat langsung menimba ilmu sebegini dari Mak dari kecil sibuk belajar, habis belajar dah kerja dan berumah tangga. Langsung tiada kesempatan belajar, nasiblah ada Kolej Komuniti...sign up dekat bahagian Kursus 1 Malaysia dan pelbagai Kursus Kemahiran disediakan hanya pilih mana satu yang berkenan di hati.

Dipendekkan cerita, Kolej Komuniti Bukit Mertajam, Penang telah buat satu Kurus Asas Kek Cawan (Cup Cake) memang best sebab cikgu nya juga Best

Cikgu Cuppies Kak Ani
 Cikgunya yang kitorang panggil Kak Ani memnag tak lokek ilmu...siap ajar pelbagai teknik pembuatan kek cawan. Bayangkan dengan yuran RM20 untuk 2 hari dari pukul 8 pagi sehingga 5 petang, banyak ilmu yang diperolehi.

For a Kitchen dummies like me...it was a superb class i've ever had..

kek Pandan

Mula-mula Kek Pandan Cawan diajar , sukatan ada 3 type..nak guna SI unit/cawan/mug..haaaa...terkebil-kebil diri ini melihat skill Kak Ani. Paling mengujakan peserta, Kak Ani Mix bancuhan Kek dengan Blender. Katanya "nak mudahkan semua orang, takkan nak beli Cake mixer semata-mata nak buat cuppies ni. Jadi guna saja apa yang ada di rumah"


cuppies yang abstrak gitu
 kelakarkan rupa cuppies ni...first time dapat peluang conteng kek maka pelbagai jenis seni yang abstrak keluar sudah...Kak Ani bagi peluang peserta explore kek cawan, hari kedua barulah akan diajar bagaimana menghias kek dengan kemas.
Kak Liza (team group) hias kek
 walaupun masing-masing tak pandai nak hias kek namun tahap sporting semua peserta amatlah best...tanpa segan silu hias kek dengan jayanya

hasil contengan group
 contengan disiapkan dengan gigih tanpa mengira penat dan bahang panas di dapur. Cloze up contengan group dipantau Kak Ani

hasil contengan kak long
 Hasil contengan pakar Coklat, Kak Long....katanya "takdak idea nak contiang"

hasil contengan Chah
 siap saja hari pertama yang happening, esok class ke dua

my 2nd day cuppies
 Kek Coklat versi cuppies diajar, juga dengan kaedah "blender"...resepi bagi kesemua kek ini akan di tulis kemudian. sedap juga hasilnya tak berapa manis seimbang dengan icing
hasil contengan juga
 memang berbaloi kelas anjuran Kolej Komuniti Bukit Mertajam, atas inspirasi PM yang telah banyak membantu kaum wanita tak ketinggalan kaum lelaki menambahkan ilmu...

yang ni special untuk Hunny B
Kelas dengan yuran berpatutan malah boleh bawa balik hasilnya ke rumah....

Best kan jadi momma...banyak aktiviti yang boleh kita kongsi bersama....

Tuesday, 12 June 2012

Garam Bukit

Walalaweiii...bersawang rupenye blog ni...kesibukan menuntut diri ini mengabaikan aktiviti senaman jari jemari disini.. banyak benda dah berlaku, banyak perkara yang semak serta serabut di kepala namun hidup tetap terus.. let all the misery gone by the wind....

okeh...okeh...jom kita share tentang kebaikan salah satu bahan untuk memasak yang paling penting....hurmmm cher pikir....apalagi kalau bukan garam, bak kata Mr Syawal dalam Ahmad Albab "tada garam dalam capati tada sedap laa"......

biasanya kat pasaran ada yang beriodin, ada yang kasar (peberet makcik kat kampung nak buat telur masin , ikan pekasam, dan pelbagai guna. ada yang sanggup kisar garam kasar halus mulus untuk diunakan dalam masakan)..ada juga yang versi halus.

Memperkenalkan sejenis garam yang tidak dapat tidak...mesti simpan stok


kebaikan garam bukit ini adalah Organik (baik untuk kegunaan isi rumah).. ibu-ibu penyayang pasti nak beri yang terbaik buat isi rumah., jadi bertukarlah dari garam biasa ke garam sebegini. Mudah didapati di mana-mana pasaraya (Tesco, Giant dan beberapa pasaraya lain)

selain dari kegunaan untuk masak memasak....apa salahnya memanjakan diri dengan scrub buatan sendiri dari garam bukit yang tinggi dengan nilai khasiat lagi organik. Caranya mudah sahaja

Bahan -bahan
1) 2 sudu besar minyak masak/minyak zaitun
2) 1 sudu besar garam bukit
3) beberapa titik haruman aromaterapi

Cara-caranya
Campurkan semua bahan dan kacau sebati

Kegunaan
Melembutkan bahagian kaki dan badan. Amalkan seminggu sekali untuk hasil yang memuaskan.

Mudahkan...heppi kan jadi momma....lepas masak kita manjakan diri pula....