Showing posts with label Cuti2. Show all posts
Showing posts with label Cuti2. Show all posts

Saturday, 9 December 2017

Bangkok..the best destination for #tiredbodymindnsoul compilation of 2 InCosmetics visit

Memandangkan kerja Momma ni banyak melibatkan kosmetik maka hadaplaah.. Kosmetik je kejenye dari pagi membawak ke mimpi

Actually apa yang membawak Momma ke sini adalah InCosmetics yang sangat best lagi menarik untuk diteroka.. bilamana terlibat sebagai orang di belakang tabir dan industri Kosmetik... maka beginilaah

tapi...bukan InCosmetics sahaja... Pengembaraan ke Madame Tussauds Bangkok yang berada di Siam Centre.. sangat mengujakan bagi yang peghak buih seropa Momma ni

cara nak pi senang ja...hangpa naik BTS..bukan BTS kpop tu...BTS keretapi Bangkok macam MRT kita la senang cerita... turun kat stesen "Siam Centre"

kat situ hangpa boleh akses ke Siam Paragon (ni macam Pavilion kita)..Siam centre...MBK Plaza.. macam-macam la

BTS ni murah tambang dia kalau hangpa nak tau...lagi satu selamat..walau jarak seinci ja dengan orang sebelah masa bersesak naik BTS ni... takdak la dia nak raba ka apa...baguih orang Bangkok ni..hormat orang dan mungkin depa beysa dah hadap orang luar ni

kalau nak gi Terminal One...kena turun stesen "Asok"


Cayalaaah... Tok Det pon ada dalam ni... tanpa mengira apa pun latar belakang politik... kita kasi satu snap kat Tokoh dari Malaysia yang diabadikan dalam ni


Ini Rusia punya Presiden... Vladimir Putin

kalau nak jumpa live ni tak tau tahun bila boleh jumpak kan....



hat ni Time tunnel sungguh..pasai Pablo Picasso pon Momma jumpak dalam ni

sempoi gak kan Muzium Patung Lilin ni


Momma dok kerling ja ke seluaq Picasso ni...kain pelikat la la la la ka ni..

ermmm.. orang art abstract suka gak noh dengan Geometri


alang-alang terserempak dengan orang kuat pesbuk ni..meh kita interview..cana nak maju dengan pesbuk..kot dia boleh sponsor free adds ka ...kaan

bertuah la kalau dapat


hat ni Albert Einstein

kira mahaguru para graduan ilmu cabang sains laaa...

tabik satu kali Pak


aku terkejut badak bila tau ni Mozzart

awat rambut dia centu...macam Thomas Elba Edison pon bertanjak gak ..macam kena karen la rambut dia..

kawan aku kata..betoi laa...rambut dia pesyen Band Mordern talking kalau perati elok-elok

..haa lah...halaaah....tapi takpa...boh sedaih selepiaq


"Abg Beckham ...Abg Beckham... Nak air tak?"... tanya awek jubah hitam tu

"air apa ada?"..tanya Abg Beckham

"air love U..."...

eh..terpick up line pulaks...berlakon je ni..bukan betul-betul


kami dua nak attend Majlis Kahwin ... ada soalan lain tak...

fefeeling poyo sat la kann... jadi PA Zayn Malik ni haaa


Ni tapak acara..kat BITEC Bang Na..syorga weh..hangpa kena cuba try test satu kali..

berbaloi bagi yang nak pergi sebab macam one stop centre la... ramai jugak founder yang mai sini kalau hangpa nak tau la


antara produk kreatif Thailand berasaskan VCO


study time dengan sifu... from Italy lagi

mamamia...pizza...


susah jadi Momma ni nak..ramai orang ajak bergambar...

poyo lagi

ni kalau nak tahu... sebelum masing-masing terlibat dengan Biznes bahan mentah kosmetik

depa ni pon Researcher atau Formulator Kosmetik



Benda yang paling best dibuat...Formulation lab

Momma rasa Momma kecik ja bila ramai-ramai berkumpul dalam kumpulan buat tugasan

kat Badge masing-masing Sr R&D Manager la..

Sr Researcher la

datang dari segenap pelusuk Asia demi secebis ilmu

Momma ja Exec cabuk....huhuhuhu...

kalau tak sedar diri asyik nak dok dalam comfort Zone saja...rugi..sebab tak ambik teladan



kat pesbuk..ponder-ponder suka la post gambaq background yang ni

so Momma pon nak jugekss... walaupun Momma bukan ponder



letih punya pasal...topup balik energy dengan GULA

abih la...balik Malaysia naik berat badan..asyik makan ..makan...makan

tapi banyak juga berjalan... berkilometer kaki melangkah

sampai hotel rasa nak pitam

lena tidur malam... sebab keletihan

masa ni memang kelakar..

best perhatikan orang makan ... Mee Segera dengan Bacon...

terkujat kejap.. tapi buat rileks ja la kann


melawat Giffarine ni sebagai Duta FMM Malaysia dan juga ASEAN

terasa serupa VIP oooo



sebelum balik sempat lagi ke MBK Plaza....

wajib pergi kalau nak beli souvenir

jangan gi lewat sangat...Bangkok ni boleh kata semua kedai tutup awal kecuali hawker


bawah fly over pon boleyhhhh

dah ada kat Bangkok..jangan lupa terjah Boots

drugstore yang meriah dengan pelbagai Brand



Nana... destinasi makan-makan yang syok dan puas hati

banyak halal food... aku pakai baju nak tido sebenarnya tu... asalnya nak gi 7E ja

melarat sampai Nana

Nana ni banyak Kedai Turki dan Arab

so..lega kejap nak isi perut

Thursday, 21 June 2012

Penang...Destinasi yang tak menghampakan

Sibuk bebeNor semalam tetapi direzekikan Ilahi untuk berjaalan-jalan dengan yang tersayang...alang-alang ada hal di Penang maka merayap teruslah since cukup ahli... selalunya begitulah, spontan sahaja terjadi. 

En Hunny B terus saja ke Bukit Bendera, Parking pun mudah malah nak akses ke Keretapi Bukit Bendera pun dekat aje. Jalan sikit je dah sampai. Bagi yang Pertama kali ke sini, pasti teruja sebab kemudahan Pihak Perbadanan Negeri Pulau Pinang sediakan cukup selesa. Dengan Harga tiket RM8 untuk dua hala (pergi dan balik) untuk warganaegara Malaysia Dewasa, Kanak-kanak bawah 3 tahun tidak dikenakan bayaran. Jika suami isteri yang ada 2 anak berumur 3 tahun hinga 12 tahun pakej RM18 disediakan. Jimat dan puas hati.

Cadangan kepada sesiapa yang bakal melawat Bukit Bendera dengan anak-anak, anda bolehlah bawa sedikit bekalan makanan yang ringkas. Jadi bolehlah menikmati perkelahan yang menggembirakan dengan bayu dingin menghembus. Terasa macam kat luar negara gitu.

yeehhaaaa...bestnya cuti-cuti Malaysia
4 dari 5 bintang diberikan kepada Bukit Bendera. Sekurang-kurangnya terubat juga hajat Budak Kecik nan sorang tu nak naik "Chuggington"....bersungguh benar anak-anak yang naik keretapi Bukit Bendera. Boleh nampak dari air muka anak-anak keriangan yang buatkan hati ibu bapa rasa puas.

Going down ...
Ramai juga pelancong luar yang datang ke sini. Rata-rata dari Timur tengah, Borneo....hurrmmm..Tahniah buat Pengurusan Keretapi Bukit Bendera...

tinggalan sejarah...keretapi Bukit Bendera yang pertama kali
Setelah jalan-jalan sekitar Bukit Bendera, tibalah masa untuk turun ke bawah...rasa hati tak nak turun ke bawah tapi apakan daya banyak lagi perkara perlu diselesaikan.

suka bunga ni...selalu dapat tengok yang versi Plastik
Paling menarik bunga-bungaan yang ada...sebelum ni hanya dapat tengok versi Plastik....cantik-cantik bunga kat Dataran Bukit Bendera..terasa bukan seperti di Malaysa...So layaaan jap berangan kononnya kat luar negara okeh!!

kepenatan....
Kepenatan??? itu sudah mesti sebab banyak sangat mendaki cerun dan tangga tapi hati menten gumbira.... kalaulah dapat berumah kat sini...apakah mungkin?...mungkin TIDAK...

pintu masuk Butterfly Farm
Turun je Bukit Bendera...terasa macam ada tenaga lagi...So...En Hubby drive ke arah Feringhi...hati tak dapat nak teka ke mana destinasi...rupa-rupanya dah sampai ke Taman Rama-rama Pulau Pinang.

Tiket Masuk RM18 bagi warganegara Malaysia Dewasa, kanak-kanak bawah 3 tahun percuma

Cantik
Bagai berada dalam alam Fantasi...
itulah yang dapat dirasakan tatkala melangkah je masuk ke Taman Rama-rama ni. Beterbangan ke sana ke mari dari satu unga ke pohon yang lain....asyik melihat makhluk Allah yang comel dan cantik ini....sukar digambarkan dengan kata-kata hanya "Subhanallah" terucap dalam hati...

kreatif...
Si Kecik yang mulanya agak takut untuk explore...menjerit kecil bila rama-rama terbang hampir dengan nya. tapi setelah melihat seorang kanak-kanak Arab yang bermain-main dengan rama-rama yang jinak terus saja datang semangat Si Kecik....terus dikejarnya rama-rama..paling kelakar dia yang masih pelat sebut rama-rama sebagai "butterpie"...

explorasi si kecil
memang sesuatu yang menarik bagi anak-anak. Tak kira dari negara Arab, Malaysia mahupun negara-negara lain, jelas kelihatan anak-anak yang mengunjungi begitu berminat dengan explorasi Rama-rama.
 Jurubahasa yang mengiringi beberapa rombongan memberikan kerjasama yang amat baik kepada Pengunjung. 5 Bintang (markah penuh) untuk Taman Rama-rama Penang.

Subhanallah
Explorasi kami sekeluarga juga mengambil masa yang panjang, tak jemu mata memandang keindahan Ciptaan Ilahi.

kolam yang jernih dengan ikan yang banyak dan menarik
Keuntungan ke Taman Rama-rama ini, dapat lihat pelbagai spesis rama-rama dan kupu-kupu, dapat menyejukkan mata yang keletihan, dapat belajar banyak perkara tentang flora & fauna. Malah kolam ikannya bersih dan menampung pelbagai spesis ikan.

periuk kera pelbagai spesis
Periuk kera pemangsa juga ada di sini...sekurang-kurangya buat pelajar Botani anda dapat tambahan ilmu di sini

posing sebentar
Dekorasi yang menarik serta penjagaan rapi pihak pengurusan, membuatkan suasana Taman Rama-rama ini begitu unik. Sangat mesra kanak-kanak

jinak
memang jinak rama-rama disini, anda akan berpeluang merasai rama-rama hinggap di atas kepala, tangan, dan baju.

Ada juga yang geli dengan rama-rama..tetapi setelah beberapa ketika rasa geli dengan makhluk ini akan lenyap dan anda akan mula mahu bermesra dengan serangga cantik ini

baba...tengok tu
Pengalaman yang tak dapat dilupakan....banyak iktibar yang diambil. Contohnya melihat rama-rama yang baru keluar kepompong. Masih basah, lemah tak berdaya terbang. ada juga yang survivalnya singkat, mungkin kalah dengan rakan sejenis yang lebih gagah sewaktu berebut pasangan, tersungkur layu atas tanah...begitulah kita Makhluk Nya apabila dijemput nanti hanya sekujur badan tanpa apa-apa kudrat hanya amalan yang menjadi bekalan...

observe rama-rama
puas jalan-jalan...mulalah nak atur jalan ke arah pintu keluar. dengan berat hati melangkah keluar dari Taman menuju ke Galeri dan seterusnya kedai cenderahati yang berada dalam lorong untuk keluar

spesimen yang menarik

Saturday, 18 February 2012

Cuti-cuti Malaysia Cameron Highlands...sapa cakap Malaysia tak best!!

Asyik dengar kengkawan cite gi Bandung, Jakarta, Ho Chi Minh, Korea, Singapura...dan mana-mana aje destinasi yang agak tak mengizinkan masa dan bajet......stok nak jimat bajet dan masa jdi Cameron Highlands jadi pilihan. Jangan gi Time peak jika tak book hotel...karang tak ada tempat nak menginap......
walaupun time yang dipilih tak jugek cun maka dapat je la Hotel bajet...Hotel Jasmine yang dipilih namanye bajet tapi boleh tahan servis dorang...good!!! 
Ala-ala orang honeymoon...bez nak ngengade dengan hubby because of udara yang nyaman angin sepoi-sepoi bahasa yang menggigit tulang...boleh la jalan pimpin tangan ngan Hubby nak kasi warm sikit...eceh waahhh..halal..takpe kan.....tapi memang syok!!
dari tingkap Hotel Jasmine yang terletak betul-betul kat tempat yang strategik...sebab ada kedai souvenir, gerai makanan, Pasar Pagi dan bertentangan dengan beberapa bangunan Hotel yang agak menarik panoramanya...umpama berada bukan di MALAYSIA...~mood berangan lah kejap....bukan senang nak rilex dari task tetap Wanita berkahwin...~

Tenang dan damai...memang mengasyikan....paling menarik cendawan goreng di Pasar Pagi Tanah Rata...rangup dan manis cendawan segar digoreng deep fry...Strawbery celup coklat juga tak kurang mantap...

 jauh-jauh sayup gerai makanan yang lengkap segalanya...makanan melayu kampung yang layann...gerai yang bersih dan selesa...tak susah nak travel cuti-cuti di Cameron Highlands...
 Deretan kedai Makanan Cina yang tak henti-henti dikunjungi pelanggan....nun jauh di atas sana ada strawberry Garden....berkira-kira nak ke sana dan beberapa tempat lagi....



 tak pasti apakah namanya Pasar ni...deretan kedai-kedai yang menjual sayur, buah, souvenir.....Cendawan goreng, strawberry celop coklat...ramai maxima orang yang berkunjung...lepak kat sini berkemungkinan tak akan sedar kocek dah surut...hehehhe...janji enjoy...

seriously pestime aku terjah Cameron ni masa aku final sem diploma... asalnya semua beku kat dalam bilik,, weekend.. si roommate aku ni call kawan dia.. ajak keluar.. angkut kami berjemaah plus dua orang yg squad kat bilik kami.. sebilik 4 orang semuanya

tolak satu solehah naqibah usrah.. yang kerap balik kampung ujung minggu...sorang lagi budak kampung medan yang tak penah miss balik weekend... tinggal aku n sorang lagi.. plus 2 budak squad n kawan kepada kawan aku tu...kami ranjau satu Shah Alam... tetiba petik nak naik cameron.. gila okeh

syaiton syaiton kami pon.. singgah solat dulu.. then ranjau.... maka tu la merasa naik cameron for pestime...lps zohor.. turun semula lepas Isyak... akhirnya kena overnite kat dataran.. pasal hostel buka subuh esoknya tu... harap anak aku aku esok ni jangan la mengikut tingkah laku omak nye ni... Amin
 panjang betul pasar ni...apa pun tak akan puas jika datang sekali je ke Pasar ni sepanjang berada di Cameron Highlands..mesti nak repeat jenjalan kat sini.....
 like heaven....tak mo cakap apae...just enjoy the view......
 plot-plot pokok teh yang sangat comel..tompok-tompok hijau macam carpet.....beshnyerrrrrr terasa macam nak landing atas pokok teh tersebut....
 sejuk je mata bila dijamu dengan view seumpama ni...sihat je mata bila tengok kaler maler hijau yang sejuk...dingin....mmmmm...tak ada ayat nak gambarkan......
 haaaaa....Cameron Valley...Bharat Tea punya port....lepak minum secangkir teh...cari souvenir  berapa banyak souvenir laaa dan jangan lupa beli teh banyak-banyak (buata-buat la lupa diri, macam la takde teh kat luar Cameroin Highlands)
 abih akai nak beli maka blah pulak ke Tea Plantation sekali lagi....sedey mau tinggal ini Teh punya Ladang.....
 jalan-jalan lagi sebelum gerak menjamu perut yang mula nak nyanyi dondang sayang...baru sedar yang sebutir nasi pun belum masuk ke usus ini......penangan Cameron Highlands yang mengasyikkan...sampai lupa nak mamam.....
 sampai laaaaa ke tempat yang mahu dituju....cepat-cepat amik seat.....tak sabar mau MEMBAHAM....mana menu ni...
 Credit to Hunny B... sejuk-sejuk cuaca Cameron Highlands...so pekena ini Steamboat laaahhh...makan time
 lagi bahan steamboat...nampak rupabentuk makanan tersebut...mata cepat je hantar signal ke otak....mau MAMAM....
 Nasi Goreng Ayam???...bolehlaaa...perut sudah lapar ringkas camni pon Oraitlaaaaa.........
 sup & tomyam...mana satu mau...try saja...lalu je tekak, puas hati sebab memang sedap....hangat sekejap badan ni bila dapat makanan sebegini.
I DO LOVE CACTUS.......cantik sangat..........
 more Cactus.....
 suka yang ni juga...macam nak beli semua bawa balik.....

comelka rupa paras Cactus ni....bermacam bentuk, warna, rupa....menarik dan mudah dijaga...rugi jika tak beli banyak-banyak....


last but not least...Strawberry...pick from farm on the journey back.....anak-anak pasti suka sebab ini juga sebahagian aktiviti yang jarang dapat dilihat di luar Cameron Highlands.......

gitu je acaranya.. pepun enjoy itu mesti...for sure, penuhkan hidup kita dengan aktiviti menarik...gerenti superb!!!

SIRIM Cosmetics Training Dec 2018

Entry ni kalau nampak serabut skip jer.. sebab memang agak la keserabutannya... penat otak dan tenaga tapi berbaloi amatlah bagi orang maca...