Showing posts with label Petua Herba. Show all posts
Showing posts with label Petua Herba. Show all posts

Thursday, 9 May 2013

Produk Penjagaan Kulit

Posting kali ini agak serius sikit sebab beberapa info akan dikongsikan untuk manfaat bersama, so next post akan kembali ceria dengan “fun activity” untuk “happy Momma”.
Momma-momma semua pasti terbiasa atau memang dah tegar dengan produk penjagaan kulit harian. Dari rangkaian untuk anti sensitif, anti jerawat, dan produk pemutihan/pencerahan wajah. Mungkin ramai yang tidak begitu memahami kenapa beberapa konsep perawatan dibuat bagi menjaga wajah. Memang betul penjagaan dari dalaman itu penting namun “makanan” kulit juga penting.
Kita mula dengan kulit sensitif dulu, kulit sensitif ni kebiasaannya agak kering dan mudah mengelupas serta mudah alah (allergic) dengan beberapa bahan kimia mahupun alami. Formulasi bagi produk kulit sensitif biasanya mengandungi Chamomile Extract, Aloe Vera Extract, Allantoin dan pelbagai lagi. Agak sukar memahami kulit sensitif tanpa analisa wajah terlebih dahulu. Moisturizer  atau pelembap perlu “extremely Moist” dengan rumusan gabungan beberapa bahan untuk memastikan kulit mendapat imbangan lembapan yang cukup. Bahan pencuci pula perlu “mild” kerana akan merengsa kulit.
Kulit berminyak atau berjerawat pula secara amnya Nampak sama tetapi nyata berbeza. Kulit berminyak terjadi dikalangan remaja dan jika berlaku kepada orang dewasa bermaksud mekanisma kulit “terpaksa” bekerja keras mengeluarkan lembapan semula jadi kulit ataupun masalah berpunca dari ketidakseimbangan hormon. Analisa pakar diperlukan jika melibatkan masalah hormon. Kulit berjerawat pula terbahagi kepada dua keadaan yang mana peringkat jerawat minor dan yang kedua adalah “acne” (tahap parut ditinggalkan pada kulit). Jika tahap kedua perawatan haruslah dibuat dengan teliti agar tidak menjejaskan tekstur kulit. Bahn terbaik untuk kulit berminyak adalah bahan “sebum control” seperti Witch Hazel Extract manakala untuk kulit berjerawat adalah Tea Tree Oil dan kulit Acne memerlukan bahan untuk merangsang pembinaan tisu baru bagi menggantikan tisu rosak (parut) seperti Vitamin C dan pemakanan dari dalaman.
Bagi produk pemutihan pula sebenarnya terdapat dalam pelbagai variasi. Selalu kita lihat di Mall ada demo untuk produk pemutihan yang mana apabila disapukan pada kulit dan dilapkan dengan tisu kelihatan kulit menjadi bersih dan berseri-seri. Perhatikan betul-betul..yang “putih” itu hanyalah sebahagian sahaja malah akan kembali ke warna kulit asal selepas beberapa minit. Itu adalah teknik bleaching dari satu bahan kimia yang dipanggil Hydrogen Peroxide. Selalunya Krim jenis ini dikategorikan sebagai Oxidizing Cream, digunakan oleh sesiapa yang ingin “putih” dalam jangka masa yang tertentu. Bagi pencerahan wajah menggunakan herba pula perlu dilihat dari sudut mekanisma herba tersebut bertindak. Mungkin akan diterangkan dalam posting akan dating. Harus diingatkan, Produk tabir suria dengan produk pencerahan wajah adalah DUA PERKARA YANG BERBEZA.

Monday, 5 November 2012

Ulam..ulam


Hari-hari menu wajib waktu lunch untuk makan bersama nasi adalah Sambal Tumis Ikan Bilis dengan Terung Pipit dari Gerai Kak Yah. Ntah kenapa makanan yang tak terfikir untuk dijamah, laju je meluncur dalam tekak itu pun setelah diperkenalkan oleh Rozita Hani, kawan sekerja. "Sedap terung pipit ni, Ita suka sangat", katanya bersunguh-sungguh.

Risau juga, sebab perut ni ada si kecik yang baru je "5 minggu", takut mendatangkan mudarat jadi surf la Pakcik google cari "Terung Pipit untuk Wanita Hamil"....

dari pembacaan terjawab la keraguan, so boleh la meneruskan diet pemakanan yang sebegitu rupa..hehheh.. dalam merayau-rayau di Pakcik GOOGLE, maka terjumpalah satu blog yang menarik, CER KLIK SINI ..bukan setakat khasiat ulam je malah resepi nak masak ulam-ulam kampung pun ada...tabik spring la kalau ada lagi yang lahir sekitar penghujung 70an ke atas yang mahir memasak menu seperti Masak Lemak Cili Api Pegaga, Masak Air Lada Hitam Pucuk Midin, Sambal Tumis Ikan Bilis dengan Terung Pipit, Kerabu Pusuk Paku, Kerabu Mentah Kaduk, Sambal Belacan Bacang...perghh..sedap kot!!!...aiseh meleleh air liur ni haaa...

Malas cite bebanyak, nanti la update lagi..

Tuesday, 12 June 2012

Garam Bukit

Walalaweiii...bersawang rupenye blog ni...kesibukan menuntut diri ini mengabaikan aktiviti senaman jari jemari disini.. banyak benda dah berlaku, banyak perkara yang semak serta serabut di kepala namun hidup tetap terus.. let all the misery gone by the wind....

okeh...okeh...jom kita share tentang kebaikan salah satu bahan untuk memasak yang paling penting....hurmmm cher pikir....apalagi kalau bukan garam, bak kata Mr Syawal dalam Ahmad Albab "tada garam dalam capati tada sedap laa"......

biasanya kat pasaran ada yang beriodin, ada yang kasar (peberet makcik kat kampung nak buat telur masin , ikan pekasam, dan pelbagai guna. ada yang sanggup kisar garam kasar halus mulus untuk diunakan dalam masakan)..ada juga yang versi halus.

Memperkenalkan sejenis garam yang tidak dapat tidak...mesti simpan stok


kebaikan garam bukit ini adalah Organik (baik untuk kegunaan isi rumah).. ibu-ibu penyayang pasti nak beri yang terbaik buat isi rumah., jadi bertukarlah dari garam biasa ke garam sebegini. Mudah didapati di mana-mana pasaraya (Tesco, Giant dan beberapa pasaraya lain)

selain dari kegunaan untuk masak memasak....apa salahnya memanjakan diri dengan scrub buatan sendiri dari garam bukit yang tinggi dengan nilai khasiat lagi organik. Caranya mudah sahaja

Bahan -bahan
1) 2 sudu besar minyak masak/minyak zaitun
2) 1 sudu besar garam bukit
3) beberapa titik haruman aromaterapi

Cara-caranya
Campurkan semua bahan dan kacau sebati

Kegunaan
Melembutkan bahagian kaki dan badan. Amalkan seminggu sekali untuk hasil yang memuaskan.

Mudahkan...heppi kan jadi momma....lepas masak kita manjakan diri pula....




Thursday, 16 February 2012

Rotavirus...mendengar namanya saja dah rasa terbeban

alkesahnya nak bebel lagi....sebab musababnya anakanda terchenta muntah tak semena-mena di suatu malam yang hening.....keheningan malam diserikan dengan esak tangis anakanda yang ternyata tak selesa tekak & perut akibat termuntah cenggitu.....kemusykilan si Momma berada pada tahap yang paling infiniti tatkala menghadapi saat genting camtu....puas muntah, si anak minta air kosong & Momma menghlurkannya tanpa banyak soal (sah-sah perit tekak si kecik tu)...selang setengah jam, muntah kedua dan begitu lah seterusnya hingga muntah yang ke empat.....penat muntah...terlelaplah si kecik kepenatan...Mati kutu Momma sebab tahu anaknya bakal berdepan dehidrasi..telefon digenggam dan mencari punca melalui simptom di google.... "anak 2 tahun munta-muntah"....maka bayak lah yang muncul di enjin pencarian antaranya ROTAVIRUS.......

subuh pula...si anak mula gelisah...cirit-birit pula yang menyakitkan si kecik tak berdosa tu.....kasihan melihat si kecik menahan sakit sampaikan melutut di lantai lagak orang bersujud dalam solat....apakah bahananya ini..tak sabar Momma nak menunggu siang muncul.....

ke klinik sudahnya....doktor memeriksa dan pengesahan dibuat...."anak Puan mungkin kena jangkitan ROTAVIRUS, saya bagi tempoh sehingga esok jika makin melarat, kita akan rujuk ke hospital"...... termenung sejenak...ubat diambil dan si kecik dibawa bersama ke tempat kerja.....
 
ubat yang dibekalkan doktor tak mendatangkan kesan...sedih melihatkan si kecik yang sakit dengan cirit-birit yang memenatkan....Minuman SEPANG diberikan kepada si kecik sebagai ganti air kosong...memandangkan semua nutrisi dan mineral keluar melalui cirit-birit dan muntah maka minuman SEPANG ini direndam dengan air panas serta ditambahkan gula untuk melegakan cirit-birit dan gula pula untuk tenaga bagi si kecik....

Alhamdulillah..tak sampai 12 jam....cirit-birit beransur lega....perlahan-lahan si kecik yang makin pulih diberi makanan ringkas sedikit demi sedikit tapi dalam kuantiti yang kerap....

Minuman Garam Oral yang diberikan doktor juga tidak dilupakan untuk menggantikan semula garam galian yang hilang....

TRAUMA...jangankan esak tangis..mendengarkan suara kecik menyebut "shakit Momma"...sudah merentap tangkai hati...hanya pada Allah tempat mengadu diri.....

gambar En google image
 Kadangkala...ubat moden tak dapat nak sembuhkan sakit anak...tapi khazanah dapur dan herba jangan buat-buat lupa......usaha sikit je...InsyaAllah ada jalannya bak kata Maher Zain dalam lagu hits beliau.
gambar En google image
 Penekanan nutrisi amat penting...sebab diet anak menjadi tanggungjwab insan bergelar Momma, IBU, Emak, Umi, Mommy,.........

Makanan sihat yang masuk...outputnya juga sihat dengan izinNya........

apapun...anak tetap permata hati....dijaga rapi dan dibelai manja bukan sekadar kasih sayang naluri malah itulah amanah dari Nya.....

Biar pahit maung....tapi Happy kan jadi wanita & Momma....penuhkan hidup kita dengan aktiviti menarik...tabahkan diri...gerenti superb!!!

SIRIM Cosmetics Training Dec 2018

Entry ni kalau nampak serabut skip jer.. sebab memang agak la keserabutannya... penat otak dan tenaga tapi berbaloi amatlah bagi orang maca...