Thursday, 9 May 2013

Produk Penjagaan Kulit

Posting kali ini agak serius sikit sebab beberapa info akan dikongsikan untuk manfaat bersama, so next post akan kembali ceria dengan “fun activity” untuk “happy Momma”.
Momma-momma semua pasti terbiasa atau memang dah tegar dengan produk penjagaan kulit harian. Dari rangkaian untuk anti sensitif, anti jerawat, dan produk pemutihan/pencerahan wajah. Mungkin ramai yang tidak begitu memahami kenapa beberapa konsep perawatan dibuat bagi menjaga wajah. Memang betul penjagaan dari dalaman itu penting namun “makanan” kulit juga penting.
Kita mula dengan kulit sensitif dulu, kulit sensitif ni kebiasaannya agak kering dan mudah mengelupas serta mudah alah (allergic) dengan beberapa bahan kimia mahupun alami. Formulasi bagi produk kulit sensitif biasanya mengandungi Chamomile Extract, Aloe Vera Extract, Allantoin dan pelbagai lagi. Agak sukar memahami kulit sensitif tanpa analisa wajah terlebih dahulu. Moisturizer  atau pelembap perlu “extremely Moist” dengan rumusan gabungan beberapa bahan untuk memastikan kulit mendapat imbangan lembapan yang cukup. Bahan pencuci pula perlu “mild” kerana akan merengsa kulit.
Kulit berminyak atau berjerawat pula secara amnya Nampak sama tetapi nyata berbeza. Kulit berminyak terjadi dikalangan remaja dan jika berlaku kepada orang dewasa bermaksud mekanisma kulit “terpaksa” bekerja keras mengeluarkan lembapan semula jadi kulit ataupun masalah berpunca dari ketidakseimbangan hormon. Analisa pakar diperlukan jika melibatkan masalah hormon. Kulit berjerawat pula terbahagi kepada dua keadaan yang mana peringkat jerawat minor dan yang kedua adalah “acne” (tahap parut ditinggalkan pada kulit). Jika tahap kedua perawatan haruslah dibuat dengan teliti agar tidak menjejaskan tekstur kulit. Bahn terbaik untuk kulit berminyak adalah bahan “sebum control” seperti Witch Hazel Extract manakala untuk kulit berjerawat adalah Tea Tree Oil dan kulit Acne memerlukan bahan untuk merangsang pembinaan tisu baru bagi menggantikan tisu rosak (parut) seperti Vitamin C dan pemakanan dari dalaman.
Bagi produk pemutihan pula sebenarnya terdapat dalam pelbagai variasi. Selalu kita lihat di Mall ada demo untuk produk pemutihan yang mana apabila disapukan pada kulit dan dilapkan dengan tisu kelihatan kulit menjadi bersih dan berseri-seri. Perhatikan betul-betul..yang “putih” itu hanyalah sebahagian sahaja malah akan kembali ke warna kulit asal selepas beberapa minit. Itu adalah teknik bleaching dari satu bahan kimia yang dipanggil Hydrogen Peroxide. Selalunya Krim jenis ini dikategorikan sebagai Oxidizing Cream, digunakan oleh sesiapa yang ingin “putih” dalam jangka masa yang tertentu. Bagi pencerahan wajah menggunakan herba pula perlu dilihat dari sudut mekanisma herba tersebut bertindak. Mungkin akan diterangkan dalam posting akan dating. Harus diingatkan, Produk tabir suria dengan produk pencerahan wajah adalah DUA PERKARA YANG BERBEZA.

Wednesday, 26 December 2012

;) ...baby in progress

Hari-hari menu wajib waktu lunch untuk makan bersama nasi adalah Sambal Tumis Ikan Bilis dengan Terung Pipit dari Gerai Kak Yah. Ntah kenapa makanan yang tak terfikir untuk dijamah, laju je meluncur dalam tekak itu pun setelah diperkenalkan oleh Rozita Hani, kawan sekerja. "Sedap terung pipit ni, Ita suka sangat", katanya bersunguh-sungguh.

Risau juga, sebab perut ni ada si kecik yang 13 minggu..tapi Momma tetap setia dengan menu yang tak semenggah. Pernah sekali Nasi putih bertemankan Telur mata & Sos Cili serta Kicap..oowwhh..menu apakah...sanggup dijamah penuh selera selama seminggu....

semoga cepatlah berlalu fasa ini....

Closing 2012

Masa berlalu pantas...
19-20 ke Langkawi, kunjungan keluarga untuk mendekatkan anak-anak dengan alam ciptaan Allah. Suka melihat keriangan anak-anak (Abdul Razak & Umair) yang teruja dengan hidupan Marin di Underwater World dan juga hidupan comel yang jinak lagi menyenangkan hati di Wildlife Park. Sangat berkesan kunjungan tersebut sebab sehingga kini Abdul Razak masih teringat-ingatkan burung-burung kecil yang jinak di Wildlife Park. Pengalaman yang baru untuk putera kesayangan yang celoteh bercerita pengalaman memberi burung makan di tapak tangannya. Cantik betul burung tersebut umpama dalam alam fantasi. Begitu agungnya ciptaan Ilahi.... Subhanallah.

Minggu depan, sibuk dengan majlis cukur jambul dan akikah Afif Rafiuddin...harap semuanya lancar ...

Hajat hati nak cuba macam-macam resepi tapi apakan daya tak sempat nak berperang dengan semua tu almaklumlah Momma ada "isi" sekarang ni...mungkin akan aktif semula dengan cupcake sehari dua lagi

Wednesday, 12 December 2012

Kehadiran si kecil yang ditunggu

Alhamdulillah..langsung tak sangka yang Allah kurniakan si kecil yang sedang membesar didalam perut Momma. Bertahun rasanya menunggu kehadiran "rezeki" yang satu ini, harta dunia akhirat yang semestinya menjadi aset paling berharga atau paling tepat tiada nilai yang dapat membayar kurnian ini.

Hamil 3 bulan, dengan selera makan yang tumpul hanya bertemankan ikan masin, telur goreng atau paling meriah pun ikan keli yang disulam dengan ulam kampung atau bendi. Daging LANGSUNG TAK MENARIK di mata boleh muntah hijau kalau termakan, ayam masih ok la tapi tak berapa gemar.

Dengan selera yang tumpul bagai..mintak mahap lah..lunch paling gempak pun Roti Gardenia (Bun Chocolate)...huhuhu..nasib..nasib

Monday, 5 November 2012

Ulam..ulam


Hari-hari menu wajib waktu lunch untuk makan bersama nasi adalah Sambal Tumis Ikan Bilis dengan Terung Pipit dari Gerai Kak Yah. Ntah kenapa makanan yang tak terfikir untuk dijamah, laju je meluncur dalam tekak itu pun setelah diperkenalkan oleh Rozita Hani, kawan sekerja. "Sedap terung pipit ni, Ita suka sangat", katanya bersunguh-sungguh.

Risau juga, sebab perut ni ada si kecik yang baru je "5 minggu", takut mendatangkan mudarat jadi surf la Pakcik google cari "Terung Pipit untuk Wanita Hamil"....

dari pembacaan terjawab la keraguan, so boleh la meneruskan diet pemakanan yang sebegitu rupa..hehheh.. dalam merayau-rayau di Pakcik GOOGLE, maka terjumpalah satu blog yang menarik, CER KLIK SINI ..bukan setakat khasiat ulam je malah resepi nak masak ulam-ulam kampung pun ada...tabik spring la kalau ada lagi yang lahir sekitar penghujung 70an ke atas yang mahir memasak menu seperti Masak Lemak Cili Api Pegaga, Masak Air Lada Hitam Pucuk Midin, Sambal Tumis Ikan Bilis dengan Terung Pipit, Kerabu Pusuk Paku, Kerabu Mentah Kaduk, Sambal Belacan Bacang...perghh..sedap kot!!!...aiseh meleleh air liur ni haaa...

Malas cite bebanyak, nanti la update lagi..

Thursday, 19 July 2012

Moist Choc Steamed Cake(kek Kukus Coklat Lembap)...senang giler

haaaaa...ni diaa...konon nak try loyang baru yang dibeli dari Kak Halimahton (ejen Eslene)..tak sia-sia beli sebab murah jer (RM16.90). Dah agak lama loyang ni lepak kat ofis..hampir sebulan jugak. Nak buat camno eh...busy momma nan sorang ni.

Balik je rumah, mula la plan nak RASMI loyang ni, maka godak-godek jumpalah 2 bungkus tepung kek segera yang dibeli dengan Harga RM7.50/bungkus.

Senang je nak buat, ikut je arahan kat label...malas punya pasal mix bahan-bahan dengan garfu sambil lepak depan TV......ahakss tahap dewa kemalasan ni, mintak mahap le ye tak kuasa momma nak contribute tenaga selepas berhempas pulas di siang hari

siap je mix bahan-bahan..terus tuang dalam loyang dan taruk dalam periuk kukus....sementara nak tunggu kek siap sempat lah mandi dan solat maghrib. Cun-cun je masa 45 minit dan terus jenguk kek..test kek takut jugak kalau-kalau kek tak masak lagi....jeng...jeng...DAH SIAP!!!

tak sempat nak posing kek ni dah hilang sikit...heheh....memang berbaloi...next time boleh buat lagi tapi nak try versi cupcake pulak.....

senang betul kek ni menjadi.....mix dengan garfu pun naik cantik kek ni macam Pro yang buat...memang best!!...jemput mamam kek ni..hehheh....tambah kalori sikit sebelum puasa...

Salam Ramadhan buat semua....semoga Ramadhan kali ini membawa berjuta barokah dari Allah.....

SIRIM Cosmetics Training Dec 2018

Entry ni kalau nampak serabut skip jer.. sebab memang agak la keserabutannya... penat otak dan tenaga tapi berbaloi amatlah bagi orang maca...