Tuesday, 7 July 2015
Labbaikallah....diundang menjadi tetamu Allah & Tetamu Rasulullah dengan bimbingan Mutawwif dari Andalusia Travel AK28 Mei 2015 (Part 1)
Alhamdulillah...semuanya telah selesai dan mengakibatkan rindu teramat dengan Baitullah dan juga Masjid Nabawi..
Seriously pada awalnya aku macam tak punya perasaan bila Mak Mertua tersayang menyuarakan hasrat untuk menaja aku, suami, Kak Long (Kakak Ipar) dan Suami Beliau , serta Kak Lang (Adik Ipar) dan Suaminya ke Tanah Suci. Memang gelabah sangat la, aku sedang "karate" Lemang kiriman Ayah dari kampung khas untuk menambah menu di Majlis Akikah Zulfa (anak Kak Long) dan Abdul Muiz (anak aku)..mau berderai isi Lemang sebab "gegurl tanjat u.."...
Bukan aku tak sudi...jauh dalam hati aku sangat teruja tapi mengenangkan diri yang serba kekurangan membuatkan sedikit gentar. Terbayang dalam minda cerita dari jemaah yang ditimpa ujian tanda kifarah dari Allah sepanjang menjadi Tetamu di Sana.
"Mak harap sangat Yong dengan Abang boleh pergi"...tersentak aku dengan sambungan kata-kata dari Mak
Tanpa banyak berfikir, aku akur malah dalam hati mula berdoa...Terimalah hamba Mu yang hina ini Ya Allah......
Counting days....2 minggu sebelum ke Tanah Suci aku balik Batu Kurau, Taiping bagi menziarahi Mak dan Ayah.... so, bila anak dan Mak gather ni ada pelbagai la luahan hati...aku pulak jadi ngeri menengok Muka Mak yang serious amat bila anak dia ni cakap ada risau di hujung hati nak ke Tanah suci.....
maka...sessi brainwash pun bermula
dan aku amat berterima kasih dengan Mak sebab Mak lah insan yang berjaya melenyapkan keserabutan, kekusutan dan apa sahaja negativiti dalam kepala anak Beliau nan seorang ini... mak kata "Apa nak risau Yong, semua orang nak ke sana... orang lain teringin dan beria-ia nak ke sana tapi ada halangan, sesetengahnya tak mampu....ni Allah dah bagi ruang jangan fikir yang bukan-bukan, kalau fikir dosa semua orang ada dosa....."
I love U Mak....cayalah...macam Dr Motivasi kat Tv pulak...hehhe
Mulanya aku plan nak beli je Jubah Putih untuk Umrah but then aku terfikir....why not aku jahit je sendiri baju untuk kegunaan Umrah....tak cantik pun takpe..asal ada sikit inisiatif untuk gembirakan diri sendiri...dan sedang aku menjahit kain yang aku beli di Nagoya tu....Mak dan Ayah datang rumah buat kejutan dengan Nasi Mandy..kira kenduri kecik kami anak beranak
Nite before bertolak...Mantan Timbalan Pengarah Jabatan Pertanian Kedah (Mak Mertua) mengadakan mesyuarat untuk bakal Jemaah Umrah yang akan bertolak esok.... Abg Long Cemi dilantik sebagai Ketua Rombongan dan Mak pesan..."apa-apa pun jaga tingkah laku, kata-kata..dan sepakat"
On our way ke sana tak banyak masalah...si Sulung dengan aktivitinya dan yang kecik tu semacam faham je Momma dan Baba nak tinggalkan dia....setelah "buat akai" dan tertidur dengan nyenyak.... Momma just can say goodbye dengan isyarat mata je...sedih nak berenggang dengan Bantal peluk Kecik ni
dari Kedah kami bertolak dengan MAS ...so, sampai je kat KLIA perlu move ke KLIA2 dengan KLIA Transit...berkampunglah kami di sana dari tengah hari membawa ke Malam... sekitar pukul 10.30 malam kelihatan berpusu-pusu manusia dengan Beg Andalusia...dan semuanya menunggu di depan Starbuck seperti yang diarahkan...maka kami pun menyertai kumpulan tersebut dan menukar Uniform IHRAM....aku secara automatik jadi TERUJA....
Sebenarnya Mak Mertua yang memilih Andalusia dan aku ada mencadangkan TIRAM (sebab Ustaz Saifulnizam yang mengajar di HALAGEL juga bawa jemaah sekitar tarikh keberangkatan kami)...GEMILANG (sebab Abg Izhahar bagi 5 star )...dan tak ketinggalan ANDALUSIA (sebab my partner in crime Si Umaira baru je balik dengan travel agent tersebut)
Kat depan Starbuck tu tiba-tiba ada yang approached kitorang...& rupanya itu Ustaz Ahmad Naqiuddin, Mutawwif kitorang...aku cam biasa la stare pelik kat Ustaz ni at first sebab cara jalan Beliau yang comel gitu...macam orang jepun pakai Kimono..mana taknya...pakai kain ihram & T-shirt Hitam...Ustaz mintak kitorang ke satu lagi starbuck kat seberang sana (International Depature)... starting from here langkah aku jadi laju dan dah terasa semangat nak UMRAH datang
Ke hulu ke hilir kitorang ikut prosedur dan dengar taklimat, dan masa Beg sedang di Check in aku camner terSELSEMA...aku ni senang alergik dengan Habuk...masa solat di Surau KLIA2 tadi rasanya...so...intai punya intai nampak farmasi dan telan ubat...precaution nak all out untuk UMRAH...mohon sangat aku sihat sepanjang kat sana dan selera makan tak meragam...
and the journey Begin
....dengan Ihram dan Debar maka bakal bermulalah pengembaraan mencari cinta Ilahi.... huhuhu...ayat selenge sebenarnya tu....apa pun Maintained Positif..dan tepat 2.30 pagi waktu Malaysia...kami semua diterbangkan ke Mekah
Sesampainya di Jeddah sejam lebih awal dari jangkaan sekitar pukul 7.30 bas pun memulakan perjalanan, smooth je semua proses dan diberi penginapan di Reyhanah Mawaddah sebagai tempat penginapan sementara sebab di Malak Ajyad masih penuh.
Tak kisahlah dimana pun...matlamat hanya satu..nak Tengok Kaabah...
Pukul 2 ptg waktu Mekah, Ustaz minta semua berkumpul dan kami memulakan umrah yang pertama dan aku rasa bukan aku saja malah semuanya tercarai-cari kelibat Kaabah...
dan apabila nampak je Kaabah....perasaan susah nak diceritakan.....SAYU...PUAS HATI..terubat RINDU mungkin....
dan Umrah pertama bermula
Haaaa....cher tengok...orang yang konon ngeri gentar semuanya tu paling gigih berselfie... selfie macam iklan ubat gigi HALAGEL gitu......bak kata orang Kedah... "Tu tara hat tak mau Pi...kalau dari awai dia mau pi...tak tau la cana...abih Meta".... (tak faham gi gugel okeh)
time SA'EI ini aku selaku ibu turut rasa macam mana berharap sangat mencari air buat putera tersayang..jauh beb....korang rasa sendiri dan hayatilah
enjoy view sudeee...malas nak habaq betapa syioknya lepak kat sini...
time ni baru 4 pusingan SA'EI....., rehat sebentar untuk Solat Asar...
Tenang dan sejuk amat disini....mula tercari-cari mana Pintu darul Arqam tempat dimana dakwah Baginda Rasulullah S.A.W secara sembunyi berlaku.. sewaktu umrah terakhir Mutawwif kami Ustaz Naqiu ada menunjukkan Pintu 14 adalah dimana tempat bersejarah tersebut...
Secara Am...aku bagi 100% Markah buat Ustaz kerana khidmat Beliau yang cemerlang....rasa apa yang dibayar tak mampu nak membalas jasa Ustaz...senang cite...akau rasa sangat tenang (sampaikan boleh lupa no akaun nak bayar duit kereta)...dan macam dalam syurga....sungguh....tak percaya???... Silalah ke sana..barulah anda faham kenapa aku rasa begitu
Berlumba-lumba buat ibadah....sungguh banyak iktibar yang aku dapat disini
Sayu je kan???
yang pimpin tangan anak pun ada....aku kagum dengan semangat orang Arab.... Budaya mengimarahkan Masjid dan bersungguh-sungguh dalam Ibadah
Subuh esoknya...aku dan Kak Long cuba-cuba untuk tawaf sunat selepas Solat Subuh...dan...kami berjaya buat apa yang kami nak serta dapat amik gamba kenangan
ini yang boleh aku tatap dikala rindu dengan Baitullah....Jemputlah daku ke sana lagi Ya Allah
sob...sob...sob....!!!1
hari kedua kami dipindahkan ke Hotel Malak Ajyad...dan perjalanan dari Hotel ke Masjid menjadi lebih dekat dan paling best lalu depan Clock Tower...on our way untuk Solat Isyak, sempat la snap Bangunan yang gagah ini....
Mini Mesyuarat .... nak pilih angle yang Cun bagi sessi amik gamba
aku difahamkan yang tapak Rumah Baginda Rasulullah S.A.W telah dijadikan Perpustakaan...Khutub Khanah kata En Ngah....
Sempat solat dua kali di sini
apa yang aku suka pasal UMRAH dengan Andalusia ni, day 1st UMRAH keesokkannya rehat..dan untuk MIQAT UMRAH ke dua kemi di bawa ke Ji'ranah....manakala Umrah ke tiga di Tanaim....
Thats all for now..
kita akan menyusuri banyak lagi pengalaman aku disana
In Shaa Allah
Assalamualaikum
Wednesday, 27 November 2013
Thursday, 9 May 2013
Produk Penjagaan Kulit
Posting kali ini agak serius sikit sebab beberapa info akan dikongsikan untuk manfaat bersama, so next post akan kembali ceria dengan “fun activity” untuk “happy Momma”.
Momma-momma semua pasti terbiasa atau memang dah tegar dengan produk penjagaan kulit harian. Dari rangkaian untuk anti sensitif, anti jerawat, dan produk pemutihan/pencerahan wajah. Mungkin ramai yang tidak begitu memahami kenapa beberapa konsep perawatan dibuat bagi menjaga wajah. Memang betul penjagaan dari dalaman itu penting namun “makanan” kulit juga penting.
Kita mula dengan kulit sensitif dulu, kulit sensitif ni kebiasaannya agak kering dan mudah mengelupas serta mudah alah (allergic) dengan beberapa bahan kimia mahupun alami. Formulasi bagi produk kulit sensitif biasanya mengandungi Chamomile Extract, Aloe Vera Extract, Allantoin dan pelbagai lagi. Agak sukar memahami kulit sensitif tanpa analisa wajah terlebih dahulu. Moisturizer atau pelembap perlu “extremely Moist” dengan rumusan gabungan beberapa bahan untuk memastikan kulit mendapat imbangan lembapan yang cukup. Bahan pencuci pula perlu “mild” kerana akan merengsa kulit.
Kulit berminyak atau berjerawat pula secara amnya Nampak sama tetapi nyata berbeza. Kulit berminyak terjadi dikalangan remaja dan jika berlaku kepada orang dewasa bermaksud mekanisma kulit “terpaksa” bekerja keras mengeluarkan lembapan semula jadi kulit ataupun masalah berpunca dari ketidakseimbangan hormon. Analisa pakar diperlukan jika melibatkan masalah hormon. Kulit berjerawat pula terbahagi kepada dua keadaan yang mana peringkat jerawat minor dan yang kedua adalah “acne” (tahap parut ditinggalkan pada kulit). Jika tahap kedua perawatan haruslah dibuat dengan teliti agar tidak menjejaskan tekstur kulit. Bahn terbaik untuk kulit berminyak adalah bahan “sebum control” seperti Witch Hazel Extract manakala untuk kulit berjerawat adalah Tea Tree Oil dan kulit Acne memerlukan bahan untuk merangsang pembinaan tisu baru bagi menggantikan tisu rosak (parut) seperti Vitamin C dan pemakanan dari dalaman.
Bagi produk pemutihan pula sebenarnya terdapat dalam pelbagai variasi. Selalu kita lihat di Mall ada demo untuk produk pemutihan yang mana apabila disapukan pada kulit dan dilapkan dengan tisu kelihatan kulit menjadi bersih dan berseri-seri. Perhatikan betul-betul..yang “putih” itu hanyalah sebahagian sahaja malah akan kembali ke warna kulit asal selepas beberapa minit. Itu adalah teknik bleaching dari satu bahan kimia yang dipanggil Hydrogen Peroxide. Selalunya Krim jenis ini dikategorikan sebagai Oxidizing Cream, digunakan oleh sesiapa yang ingin “putih” dalam jangka masa yang tertentu. Bagi pencerahan wajah menggunakan herba pula perlu dilihat dari sudut mekanisma herba tersebut bertindak. Mungkin akan diterangkan dalam posting akan dating. Harus diingatkan, Produk tabir suria dengan produk pencerahan wajah adalah DUA PERKARA YANG BERBEZA.
Wednesday, 26 December 2012
;) ...baby in progress
Hari-hari menu wajib waktu lunch untuk makan bersama nasi adalah Sambal Tumis Ikan Bilis dengan Terung Pipit dari Gerai Kak Yah. Ntah kenapa makanan yang tak terfikir untuk dijamah, laju je meluncur dalam tekak itu pun setelah diperkenalkan oleh Rozita Hani, kawan sekerja. "Sedap terung pipit ni, Ita suka sangat", katanya bersunguh-sungguh.
Risau juga, sebab perut ni ada si kecik yang 13 minggu..tapi Momma tetap setia dengan menu yang tak semenggah. Pernah sekali Nasi putih bertemankan Telur mata & Sos Cili serta Kicap..oowwhh..menu apakah...sanggup dijamah penuh selera selama seminggu....
semoga cepatlah berlalu fasa ini....
Risau juga, sebab perut ni ada si kecik yang 13 minggu..tapi Momma tetap setia dengan menu yang tak semenggah. Pernah sekali Nasi putih bertemankan Telur mata & Sos Cili serta Kicap..oowwhh..menu apakah...sanggup dijamah penuh selera selama seminggu....
semoga cepatlah berlalu fasa ini....
Closing 2012
Masa berlalu pantas...
19-20 ke Langkawi, kunjungan keluarga untuk mendekatkan anak-anak dengan alam ciptaan Allah. Suka melihat keriangan anak-anak (Abdul Razak & Umair) yang teruja dengan hidupan Marin di Underwater World dan juga hidupan comel yang jinak lagi menyenangkan hati di Wildlife Park. Sangat berkesan kunjungan tersebut sebab sehingga kini Abdul Razak masih teringat-ingatkan burung-burung kecil yang jinak di Wildlife Park. Pengalaman yang baru untuk putera kesayangan yang celoteh bercerita pengalaman memberi burung makan di tapak tangannya. Cantik betul burung tersebut umpama dalam alam fantasi. Begitu agungnya ciptaan Ilahi.... Subhanallah.
Minggu depan, sibuk dengan majlis cukur jambul dan akikah Afif Rafiuddin...harap semuanya lancar ...
Hajat hati nak cuba macam-macam resepi tapi apakan daya tak sempat nak berperang dengan semua tu almaklumlah Momma ada "isi" sekarang ni...mungkin akan aktif semula dengan cupcake sehari dua lagi
19-20 ke Langkawi, kunjungan keluarga untuk mendekatkan anak-anak dengan alam ciptaan Allah. Suka melihat keriangan anak-anak (Abdul Razak & Umair) yang teruja dengan hidupan Marin di Underwater World dan juga hidupan comel yang jinak lagi menyenangkan hati di Wildlife Park. Sangat berkesan kunjungan tersebut sebab sehingga kini Abdul Razak masih teringat-ingatkan burung-burung kecil yang jinak di Wildlife Park. Pengalaman yang baru untuk putera kesayangan yang celoteh bercerita pengalaman memberi burung makan di tapak tangannya. Cantik betul burung tersebut umpama dalam alam fantasi. Begitu agungnya ciptaan Ilahi.... Subhanallah.
Minggu depan, sibuk dengan majlis cukur jambul dan akikah Afif Rafiuddin...harap semuanya lancar ...
Hajat hati nak cuba macam-macam resepi tapi apakan daya tak sempat nak berperang dengan semua tu almaklumlah Momma ada "isi" sekarang ni...mungkin akan aktif semula dengan cupcake sehari dua lagi
Wednesday, 12 December 2012
Kehadiran si kecil yang ditunggu
Alhamdulillah..langsung tak sangka yang Allah kurniakan si kecil yang sedang membesar didalam perut Momma. Bertahun rasanya menunggu kehadiran "rezeki" yang satu ini, harta dunia akhirat yang semestinya menjadi aset paling berharga atau paling tepat tiada nilai yang dapat membayar kurnian ini.
Hamil 3 bulan, dengan selera makan yang tumpul hanya bertemankan ikan masin, telur goreng atau paling meriah pun ikan keli yang disulam dengan ulam kampung atau bendi. Daging LANGSUNG TAK MENARIK di mata boleh muntah hijau kalau termakan, ayam masih ok la tapi tak berapa gemar.
Dengan selera yang tumpul bagai..mintak mahap lah..lunch paling gempak pun Roti Gardenia (Bun Chocolate)...huhuhu..nasib..nasib
Hamil 3 bulan, dengan selera makan yang tumpul hanya bertemankan ikan masin, telur goreng atau paling meriah pun ikan keli yang disulam dengan ulam kampung atau bendi. Daging LANGSUNG TAK MENARIK di mata boleh muntah hijau kalau termakan, ayam masih ok la tapi tak berapa gemar.
Dengan selera yang tumpul bagai..mintak mahap lah..lunch paling gempak pun Roti Gardenia (Bun Chocolate)...huhuhu..nasib..nasib
Subscribe to:
Posts (Atom)
SIRIM Cosmetics Training Dec 2018
Entry ni kalau nampak serabut skip jer.. sebab memang agak la keserabutannya... penat otak dan tenaga tapi berbaloi amatlah bagi orang maca...
-
Entry ni kalau nampak serabut skip jer.. sebab memang agak la keserabutannya... penat otak dan tenaga tapi berbaloi amatlah bagi orang maca...
-
Memandangkan kerja Momma ni banyak melibatkan kosmetik maka hadaplaah.. Kosmetik je kejenye dari pagi membawak ke mimpi Actually apa ya...
