Sunday 12 July 2015

Madinah destinasi terakhir...harap akan kembali lagi mengulangi memori indah di sini ..UMRAH Andalusia Travel AK28 Mei 2015 (Part 4)

Selepas Solat Zuhur, Tawaf Wida' dan Makan Tengah Hari kami semua berkumpul di lobi untuk meneruskan perjalanan ke Madinatul Munawwarah..

Perasaan masa tu susah nak digambarkan...walaupun di Madinah ada keistimewaan tersendiri di mana letaknya Makam Junjungan Besar kita Baginda Rasulullah S.A.W tetapi jika dapat diundur masa mahu saja berpatah balik ke hari pertama tiba di sana..

ada sedikit iktibar yang aku rasa pada hari keberangkatan ke Madinah...bukan bermaksud hari lain tiada langsung iktibar yang aku pelajari tetapi yang ini paling terkesan sebab aku rasa sendiri pengalaman tersebut.

Hari terakhir UMRAH di Mekah, aku telah berbincang dengan Kak Long (Kakak Ipar) untuk buat 6 pusingan Tawaf Wida' dan tangguhkan satu pusingan yang mana membolehkan kami duduk lebih lama dalam Masjidil Haram dan mengerjakan solat Zuhur. Setelah itu barulah sambung lagi satu pusingan untuk siapkan Tawaf wida' dan tanpa berlengah meninggalkan kawasan Masjidil Haram. Aku memang tak pasti dengan Incik Suami dan Ipar-ipar beliau (Suami Kak Long & Kak Lang) sebab kami akhirnya membuat keputusan untuk pergi berasingan untuk memudahkan pergerakan serta bersolat.

Siap sahaja Tawaf Wida' 6 pusingan aku dan Kak Long memilih untuk duduk dibawah laluan Tawaf Tingkat 1 dan betul-betul dihadapan Ka'bah. Waktu kami mula duduk di situ masih lengang hanya ada satu pasangan suami isteri dan anak kecil mereka berehat berhampiran kami manakala 2 saf hadapan masih banyak yang kosong...aku dan Kak Long teruskan dengan aktiviti masing-masing sementara menantikan waktu Zuhur.

Kemudiannya barulah ramai yang menyertai kami dan tak semena-mena jadi kecoh apabila satu anak-beranak (Warga Pakistan Mungkin) dengan selamba duduk dihadapan betul-betul di kawasan sujud rakan serombongan tapi berlainan Pesawat (Saudi). Aku diamkan sahaja sebab masih fokus dengan aktiviti aku.

Akak (satu rombongan) : Up..up.... 
*sambil buat isyarat yang beliau nak sujud di situ

Anak Beranak 1:               mengomel-ngomel dalam bahasa ibundanya

Akak (satu rombongan) : Up...up... 
*dengan penuh mengharap

Anak Beranak 2 :            Why????...when you stand up...there is more space ...
*dengan nada marah

aku time tu memang tiada niat lain selain cuba membantu dan juga selamatkan ruang hadapan ku yang juga bakal diduduki mereka sekeluarga...

Aku :                      can you see..the saff is base on the line 
* sambil tunjuk garisan kuning atas lantai

Anak Beranak 2  ...there is more space when you stand up..
*mula marah-marah aku 

aku nak menyentak dah time tu, ye la...kecik-kecik dah pandai nak gaduh-gaduh..kalau kat malaysia sure Budak tu di cap tak ada Adab..tapi sepantas kilat rasa panas disimbah air...pelik...cool down serta merta 

Aku :  I don't want to argue in front of Ka'bah...
siap senyum lagi ...heheh

aku nampak budak tu berpaling sekilas ke belakang dan automatik diam...dan diorang boleh pulak Beredar macam tu saja...pelik lagi sekali....

"Awwalul awwal...akhirul akhir"...tetiba satu warga Indonesia menyertai kami dengan garang dan keadaan reda kembali....

aku rasa la..diorang tu sebenarnya nak elak panas ..tu yang redah je...kan rombongan dari Malaysia ni baik-baik je...sopan gitu....

sambung lagi mengelamun depan Ka'bah, aku dok berangan ..syok jugak kalau tak payah balik dari sini...terus je stay Tanah Haram sampai bila-bila....see...aku dah terbabas satu benda di situ...serious aku taknak dah buat macam ni...aku di serang gastrik beberapa minit selepas aku mengelamun..dan amat rumit nak Solat Zuhur dan sambung Tawaf wida'....

Siap je tawaf wida'....air mata ni macam tak tertahan...macam empangan pecah tapi cepat-cepat aku sapu air mata....absolutely SEDIH....!!! aku kan first time ke mari jadi memang tak dapat nak ceritakan rasa hati aku

Macam Mana aku balik ke Hotel pun aku tak pasti sebab yang aku ingat..memang laju kaki melangkah untuk sampai ke Hotel...niat nak Rehat, jamah makanan dan mengadu kat Incik Suami..minta beliau belikan susu...

dan memang Allah atur elok sangat..aku makan tengah hari berhampiran Incik Suami dan terus minta dibelikan susu...azab weyyyhh...lama sangat tak kena gastrik...sejak bergelar isteri ni, tu la pertama kali aku diserang gastrik...sebelum kahwin tu biasalah...aku dan gastrik berpisah tiada....




Perjalanan dari Tanah Haram Mekah ke Madinah tak terasa sebab aku tidur sepanjang perjalanan...orang tengah sakit kan...so, tidur la....

Ustaz ada bagitahu yang kami akan singgah untuk Makan nasi Arab di satu perhentian dan terus Solat di situ... dan Ustaz juga berikan info berkaitan Hijrah Rasulullah S.A.W. dan ingatkan kami yang pengorbanan Baginda memang besar erti untuk Islam...

Kami berenam berkongsi satu Talam..aku memang surrender...bukan tak sedap Nasi tu...sedap amat tapi aku "pahit mulut" akibat hampir nak demam bahana gastrik tadi. Aku rasa memang tak cukup nasi ni...gentlemen kami ni sakan jugak tau...spesis tolak kayu dan batu ja...asalkan Halal semua bedal...Kak Long request untuk tambah nasi dan aku terus je lepak kat luar sementara nak tunggu gentlemen siap makan...

mengelupur cari stok susu untuk cukupkan bekalan sehingga ke Madinah...bukan setakat susu yang aku borong...Potato Chips jenama aku dah lupa siap dengan Mexican Chili yang pedas tu aku belasah...kata gastrik kan...borong bukan untuk aku tapi untuk Incik Suami tersayang..Favourite dia tu...



selfie untuk ziarah ke Raudah....aku sayu sebenarnya masa nak tinggalkan Raudah...sayu sangat sampai tercebik-cebik muka tahan nangis..aku dari Malaysia dah ada sedikit kerisauan denga jadual "cuti bulanan"..kerisauan aku jadi berkurangan apabila pakej kami ke Mekah dulu dan kemudiannya ke Madinah....

sepanjang UMRAH jugalah aku asyik mohon...izinkan daku sampai ke raudah walaupun sekali  riso sangat dengan "bendera Jepun"...memang MAKBUL...sekali jugalah aku dapat ke Raudah....silap untuk kali ke berapa ntah..patutnya..aku doa..mohon Allah tangguh "cuti bulanan" aku sampai siap semua ibadah di Mekah dan Madinah.....haishhh!!!



Berkumpul mendengar taklimat Ustazah untuk info Masjid Nabawi


Suasana pagi di Kawasan Masjid Nabawi

sesungguhnya sepanjang UMRAh ada 2 keistimewaan yang aku rasa... Malam Nisfu sya'ban yang jatuh pada Khamis malam Jumaat meriah dengan jamuan dan pesta Ibadah di Masjidil Haram dan kunjungan kami ke Masjid Quba' jatuh pada hari sabtu....juga pada hari yang kebiasaannya Baginda Rasulullah S.A.W ke sana.....

Besar anugerah Mu Ya Allah....



Masjid Quba'.....


Incik Suami.... nampak sangat teratur perkarangan Masjid ni....kemas dan paling penting hayati sejarah Masjid ni dalam Islam


aku setiap kali tengok gambar ni pasti nak gelak besar ...bukan apa...teringat Pak Arab kat Madinah... diorang tanya kami "Malaysia"...aku kan ramah, ...aku jawab "malaysia" sambil hangguk-hangguk skit...harap Incik Suami memang tak la...beliau hanya bercakap berapa patah perkataan sahaja sebulan dengan orang yang tak beliau kenali....

"Malaysia Ori...(kata Pak Arab tu sambil tunjuk kat aku)..Malaysia tada Ori (sambil tunjuk kat Incik Suami)"...owwhhh...sumpah aku nak tergelak guling-guling...since kat Madinah, kita behave sikit..gelak cover baik punya.... Muka Incik Suami memang lain dah....tak terjangka kot Pak Arab nak cakap gitu....

Kome rase?... aku setuju pon dengan Pak Arab tu...Incik Suami memang hybrid...nak macam Arob skit kat janggut tu...posing macam ni...memang sah...Malaysia tada Ori...jangan Marah ye Abang...

kat tempat kerja aku bebudak ni panggil Incik Suami "Mr Wolvarine"... Wolvarine ke?..terasa aku pun nak keluar kuku sama...


aku memang tak pernah tengok buah Kurma yang segar atas pokok...Pokok Kurma biasa tengok sebab kat sekolah adik aku si Afiqah, Sekolah Menengah Raja Perempuan Ta'ayah Ipoh Perak ada satu pokok Kurma dekat dengan Kantin...dan setiap kali aku meet Fiqah, mesti akan nampak pokok Kurma yang tu..tak pernah lagi aku nampak Pokok tu dengan Buah..

Sekali dapat tengok yang real punya Buah atas pokok, fresh lagi.....snap gambar tak berenti punya la...

Kak Long cakap Kurma muda sedap...aku memang tak ada idea sejauh mana sedap yang kak Long maksudkan


Haaa.... akhirnya...keluar jugak rupa paras Ustaz Mutawwif Andalusia Travel Bas 4 AK28 Mei 2015.... jejaka hot ni bukan sembarangan okeh... Graduan dari Jordan dan sedang menyiapkan Sarjana beliau di Universiti tempatan. Ustaz Ahmad Naqiuddin atau kami panggil Ustaz Naqiu ni memang superb..terbaek punyalah... beliau rajin menyampaikan info kepada kami, dan peka dengan anak kapal dalam Bas beliau...

aku paling suka penerangan beliau tentang Masjid Syajarah...kelakar amat...kalau bajet Ustaz kat sekolah dulu, serious amat dan skema habis la gaya penceritaan...tapi Ustaz Naqiu ni lain benor pendekatan beliau....SEMPOI... memang kalau suruh aku bagi markah...passed with flying colours gitu

Beliau akan menerangkan tentang sejarah bagi tempat yang kami ziarah dan penerangan beliau amatlah difahami oleh orang yang jahil seperti aku..sebab pendekatan beliau gunakan amatlah berkesan...aku rasa Makcik-makcik dalam Bas pun senang hati dengan khidmat Mutawwif kami ni.


Ini adalah kronologi Perang Uhud...di petakan agar mudah difahami pengunjung.

Menurut Ustaz Naqiu... Bukit Uhud ni kalau dilihat dalam peta ada significant yang dapat dilihat tertera nama MUHAMMAD dalam tulisan Arab....

Bukit Uhud ini Bukit yang istimewa....memang istimewa sangatlah sebab nama Rasulullah S.A.W terpahat di situ...



Scenery dari Bukit Pemanah...murah sangat Kurma Ajwa kat sini...kalau korang Ziarah di Bukit Uhud..jangan lupa borong banyak-banyak.

aku suka sangat view ni....tenang....


Sepetang di Masjid Nabawi ...aku akan sambung dengan ziarah tak terduga aku dan Kak Lang ke Muzium Asma ul Husna.....terbaek!!!

kalau la ada Muzium sebegini di Malaysia...anak-anak aku tak akan ketinggalan ke situ

No comments:

Post a Comment

SIRIM Cosmetics Training Dec 2018

Entry ni kalau nampak serabut skip jer.. sebab memang agak la keserabutannya... penat otak dan tenaga tapi berbaloi amatlah bagi orang maca...