Wednesday 8 July 2015

Masjid Hudaibiyah dan Muzium Hudaibiyah... UMRAH dengan Andalusia Travel UMRAH AK28 Mei 2015 (Part 2)

Semasa buat UMRAH, Pakej dari Andalusia Travel menawarkan ziarah tambahan yang pada pandangan aku, amat berbaloi sebab orang belajar sains di sekolah sekular macam aku ni yang mana memang langsung tidak mahir berbahasa Arab..bukan setakat tak mahir..memang tak tahu pun...Si Afiqah adik aku yang belajar di Sekolah Raja Perempuan Ta'ayah Ipoh ada la ajar sikit-sikit..tu pun sebab aku mendesak beliau share isi kandungan kitab yang beliau beli bertemankan aku....tapi kat Tanah Haram..Kak Long cakap "Arab sini Ami dia sama dengan Ami Mesir"....

Nampak tak kat situ Kak Long Mentioned "AMI"....seriously aku ingat ARMY...sebab masa ayat tu disebutkan kami sedang berjalan masuk Masjidil Haram dan depan kami waktu tu ada tentera...aku yang blurr terus jawab..."iye"..padahal..satu hapa pon tak leh harap aku ni kalau bab bahasa Arab 

rupa-rupanya...ada pulak "Amiyyah" dengan "Fusghah" (salah eja mintak dibetulkan)...ini pun aku tau setelah Boss aku yang Sado tu bagitau... nasib la Boss pandai bahasa Arab plus faham sangat dengan akak dia ni..maka satu persatu Beliau ajar........

Bongok tak aku...kan ke jauh benor "tentera" dengan "bahasa pasar" yang cuba Kak Long nak cakap kat aku tu..... *sigh

 . Antara Ziarah Tambahan yang ditawarkan sepanjang di Mekah adalah Hudaibiyah, Jabal Rahmah, dan sekitarnya.

 Ini antara Ziarah Tambahan yang aku paling suka sebab minat aku sememangnya bahan sejarah dan semangat ingin tahu apa sahaja yang berkaitan Tanah suci menebal.

Aku mengaku yang aku tidak pernah didedahkan secara mendalam dengan Tanah Suci, rasanya kalau ada yang bercerita pun sekadar am sahaja. Seingat aku Arwah Tok dua kali menunaikan Haji dan cerita yang beliau kongsi sekadar cerita secara umum sahaja.

Disebabkan aku langsung tak ikut mana-mana kursus untuk persediaan UMRAH maka aku baca travelog orang lain dan menonton di youtube ceramah dari Ustaz. Sehinggalah sehari sebelum bercuti aku teringat yang aku langsung tak tahu cara berwudhuk dengan spray. Jadi belajar di Youtube dan semak balik dengan Siti Umaira Afifah Bt Saad yang telah menjadi Tetamu Allah pada March 2015.

Berbalik kepada Muzium Hudaibiyah...aku bagi markah penuh jugak sebab banyak tinggalan sejarah warisan Tanah Suci di sini.


Terpegun melihat replika Masjidil Haram, sangat sempurna pada mata aku... dan aku tak tahu nak cakap apa sebab aku suka semua yang terpamer di sini.





Incik Suami.............. suka betul kami dengan Muzium ini


Aku hanya pakai jubah yang menjadi pakaian ke tempat kerja sepanjang di Tanah Suci. Itupun ada satu Pakcik bertanya, "cantik jubah..beli kat kedai mana?"..

dengan gelak kecil aku cakap "baju buruk ni Pakcik, Arwah Boss saya yang bagi..."






Pintu Ka'bah


Kelambu Ka'bah







Paling menarik, masyaf Al-Quran yang ada di sini...







Ini salinan dari tulisan asal Saidina Uthman



Hayatailah gambar yang ada..mana tahu ada yang berimpian ke sana...boleh jamu mata dulu











Cara menentukan Waktu Solat





Gambarajah ke dalaman Telaga Zam-zam

No comments:

Post a Comment

SIRIM Cosmetics Training Dec 2018

Entry ni kalau nampak serabut skip jer.. sebab memang agak la keserabutannya... penat otak dan tenaga tapi berbaloi amatlah bagi orang maca...