Tuesday 12 June 2012

Garam Bukit

Walalaweiii...bersawang rupenye blog ni...kesibukan menuntut diri ini mengabaikan aktiviti senaman jari jemari disini.. banyak benda dah berlaku, banyak perkara yang semak serta serabut di kepala namun hidup tetap terus.. let all the misery gone by the wind....

okeh...okeh...jom kita share tentang kebaikan salah satu bahan untuk memasak yang paling penting....hurmmm cher pikir....apalagi kalau bukan garam, bak kata Mr Syawal dalam Ahmad Albab "tada garam dalam capati tada sedap laa"......

biasanya kat pasaran ada yang beriodin, ada yang kasar (peberet makcik kat kampung nak buat telur masin , ikan pekasam, dan pelbagai guna. ada yang sanggup kisar garam kasar halus mulus untuk diunakan dalam masakan)..ada juga yang versi halus.

Memperkenalkan sejenis garam yang tidak dapat tidak...mesti simpan stok


kebaikan garam bukit ini adalah Organik (baik untuk kegunaan isi rumah).. ibu-ibu penyayang pasti nak beri yang terbaik buat isi rumah., jadi bertukarlah dari garam biasa ke garam sebegini. Mudah didapati di mana-mana pasaraya (Tesco, Giant dan beberapa pasaraya lain)

selain dari kegunaan untuk masak memasak....apa salahnya memanjakan diri dengan scrub buatan sendiri dari garam bukit yang tinggi dengan nilai khasiat lagi organik. Caranya mudah sahaja

Bahan -bahan
1) 2 sudu besar minyak masak/minyak zaitun
2) 1 sudu besar garam bukit
3) beberapa titik haruman aromaterapi

Cara-caranya
Campurkan semua bahan dan kacau sebati

Kegunaan
Melembutkan bahagian kaki dan badan. Amalkan seminggu sekali untuk hasil yang memuaskan.

Mudahkan...heppi kan jadi momma....lepas masak kita manjakan diri pula....




No comments:

Post a Comment

SIRIM Cosmetics Training Dec 2018

Entry ni kalau nampak serabut skip jer.. sebab memang agak la keserabutannya... penat otak dan tenaga tapi berbaloi amatlah bagi orang maca...