Tuesday 19 June 2012

Bila Kitchen Dummies Masuk Cupies Class ;)

Dah lama teringin nak masuk Class Belajar Cup Cakes...selama ni hanya buat versi belasah main tiru-tiru resepi mak je. Sibuk dengan buku dan memang tak sempat langsung menimba ilmu sebegini dari Mak dari kecil sibuk belajar, habis belajar dah kerja dan berumah tangga. Langsung tiada kesempatan belajar, nasiblah ada Kolej Komuniti...sign up dekat bahagian Kursus 1 Malaysia dan pelbagai Kursus Kemahiran disediakan hanya pilih mana satu yang berkenan di hati.

Dipendekkan cerita, Kolej Komuniti Bukit Mertajam, Penang telah buat satu Kurus Asas Kek Cawan (Cup Cake) memang best sebab cikgu nya juga Best

Cikgu Cuppies Kak Ani
 Cikgunya yang kitorang panggil Kak Ani memnag tak lokek ilmu...siap ajar pelbagai teknik pembuatan kek cawan. Bayangkan dengan yuran RM20 untuk 2 hari dari pukul 8 pagi sehingga 5 petang, banyak ilmu yang diperolehi.

For a Kitchen dummies like me...it was a superb class i've ever had..

kek Pandan

Mula-mula Kek Pandan Cawan diajar , sukatan ada 3 type..nak guna SI unit/cawan/mug..haaaa...terkebil-kebil diri ini melihat skill Kak Ani. Paling mengujakan peserta, Kak Ani Mix bancuhan Kek dengan Blender. Katanya "nak mudahkan semua orang, takkan nak beli Cake mixer semata-mata nak buat cuppies ni. Jadi guna saja apa yang ada di rumah"


cuppies yang abstrak gitu
 kelakarkan rupa cuppies ni...first time dapat peluang conteng kek maka pelbagai jenis seni yang abstrak keluar sudah...Kak Ani bagi peluang peserta explore kek cawan, hari kedua barulah akan diajar bagaimana menghias kek dengan kemas.
Kak Liza (team group) hias kek
 walaupun masing-masing tak pandai nak hias kek namun tahap sporting semua peserta amatlah best...tanpa segan silu hias kek dengan jayanya

hasil contengan group
 contengan disiapkan dengan gigih tanpa mengira penat dan bahang panas di dapur. Cloze up contengan group dipantau Kak Ani

hasil contengan kak long
 Hasil contengan pakar Coklat, Kak Long....katanya "takdak idea nak contiang"

hasil contengan Chah
 siap saja hari pertama yang happening, esok class ke dua

my 2nd day cuppies
 Kek Coklat versi cuppies diajar, juga dengan kaedah "blender"...resepi bagi kesemua kek ini akan di tulis kemudian. sedap juga hasilnya tak berapa manis seimbang dengan icing
hasil contengan juga
 memang berbaloi kelas anjuran Kolej Komuniti Bukit Mertajam, atas inspirasi PM yang telah banyak membantu kaum wanita tak ketinggalan kaum lelaki menambahkan ilmu...

yang ni special untuk Hunny B
Kelas dengan yuran berpatutan malah boleh bawa balik hasilnya ke rumah....

Best kan jadi momma...banyak aktiviti yang boleh kita kongsi bersama....

No comments:

Post a Comment

SIRIM Cosmetics Training Dec 2018

Entry ni kalau nampak serabut skip jer.. sebab memang agak la keserabutannya... penat otak dan tenaga tapi berbaloi amatlah bagi orang maca...