Thursday 21 June 2012

Penang...Destinasi yang tak menghampakan

Sibuk bebeNor semalam tetapi direzekikan Ilahi untuk berjaalan-jalan dengan yang tersayang...alang-alang ada hal di Penang maka merayap teruslah since cukup ahli... selalunya begitulah, spontan sahaja terjadi. 

En Hunny B terus saja ke Bukit Bendera, Parking pun mudah malah nak akses ke Keretapi Bukit Bendera pun dekat aje. Jalan sikit je dah sampai. Bagi yang Pertama kali ke sini, pasti teruja sebab kemudahan Pihak Perbadanan Negeri Pulau Pinang sediakan cukup selesa. Dengan Harga tiket RM8 untuk dua hala (pergi dan balik) untuk warganaegara Malaysia Dewasa, Kanak-kanak bawah 3 tahun tidak dikenakan bayaran. Jika suami isteri yang ada 2 anak berumur 3 tahun hinga 12 tahun pakej RM18 disediakan. Jimat dan puas hati.

Cadangan kepada sesiapa yang bakal melawat Bukit Bendera dengan anak-anak, anda bolehlah bawa sedikit bekalan makanan yang ringkas. Jadi bolehlah menikmati perkelahan yang menggembirakan dengan bayu dingin menghembus. Terasa macam kat luar negara gitu.

yeehhaaaa...bestnya cuti-cuti Malaysia
4 dari 5 bintang diberikan kepada Bukit Bendera. Sekurang-kurangnya terubat juga hajat Budak Kecik nan sorang tu nak naik "Chuggington"....bersungguh benar anak-anak yang naik keretapi Bukit Bendera. Boleh nampak dari air muka anak-anak keriangan yang buatkan hati ibu bapa rasa puas.

Going down ...
Ramai juga pelancong luar yang datang ke sini. Rata-rata dari Timur tengah, Borneo....hurrmmm..Tahniah buat Pengurusan Keretapi Bukit Bendera...

tinggalan sejarah...keretapi Bukit Bendera yang pertama kali
Setelah jalan-jalan sekitar Bukit Bendera, tibalah masa untuk turun ke bawah...rasa hati tak nak turun ke bawah tapi apakan daya banyak lagi perkara perlu diselesaikan.

suka bunga ni...selalu dapat tengok yang versi Plastik
Paling menarik bunga-bungaan yang ada...sebelum ni hanya dapat tengok versi Plastik....cantik-cantik bunga kat Dataran Bukit Bendera..terasa bukan seperti di Malaysa...So layaaan jap berangan kononnya kat luar negara okeh!!

kepenatan....
Kepenatan??? itu sudah mesti sebab banyak sangat mendaki cerun dan tangga tapi hati menten gumbira.... kalaulah dapat berumah kat sini...apakah mungkin?...mungkin TIDAK...

pintu masuk Butterfly Farm
Turun je Bukit Bendera...terasa macam ada tenaga lagi...So...En Hubby drive ke arah Feringhi...hati tak dapat nak teka ke mana destinasi...rupa-rupanya dah sampai ke Taman Rama-rama Pulau Pinang.

Tiket Masuk RM18 bagi warganegara Malaysia Dewasa, kanak-kanak bawah 3 tahun percuma

Cantik
Bagai berada dalam alam Fantasi...
itulah yang dapat dirasakan tatkala melangkah je masuk ke Taman Rama-rama ni. Beterbangan ke sana ke mari dari satu unga ke pohon yang lain....asyik melihat makhluk Allah yang comel dan cantik ini....sukar digambarkan dengan kata-kata hanya "Subhanallah" terucap dalam hati...

kreatif...
Si Kecik yang mulanya agak takut untuk explore...menjerit kecil bila rama-rama terbang hampir dengan nya. tapi setelah melihat seorang kanak-kanak Arab yang bermain-main dengan rama-rama yang jinak terus saja datang semangat Si Kecik....terus dikejarnya rama-rama..paling kelakar dia yang masih pelat sebut rama-rama sebagai "butterpie"...

explorasi si kecil
memang sesuatu yang menarik bagi anak-anak. Tak kira dari negara Arab, Malaysia mahupun negara-negara lain, jelas kelihatan anak-anak yang mengunjungi begitu berminat dengan explorasi Rama-rama.
 Jurubahasa yang mengiringi beberapa rombongan memberikan kerjasama yang amat baik kepada Pengunjung. 5 Bintang (markah penuh) untuk Taman Rama-rama Penang.

Subhanallah
Explorasi kami sekeluarga juga mengambil masa yang panjang, tak jemu mata memandang keindahan Ciptaan Ilahi.

kolam yang jernih dengan ikan yang banyak dan menarik
Keuntungan ke Taman Rama-rama ini, dapat lihat pelbagai spesis rama-rama dan kupu-kupu, dapat menyejukkan mata yang keletihan, dapat belajar banyak perkara tentang flora & fauna. Malah kolam ikannya bersih dan menampung pelbagai spesis ikan.

periuk kera pelbagai spesis
Periuk kera pemangsa juga ada di sini...sekurang-kurangya buat pelajar Botani anda dapat tambahan ilmu di sini

posing sebentar
Dekorasi yang menarik serta penjagaan rapi pihak pengurusan, membuatkan suasana Taman Rama-rama ini begitu unik. Sangat mesra kanak-kanak

jinak
memang jinak rama-rama disini, anda akan berpeluang merasai rama-rama hinggap di atas kepala, tangan, dan baju.

Ada juga yang geli dengan rama-rama..tetapi setelah beberapa ketika rasa geli dengan makhluk ini akan lenyap dan anda akan mula mahu bermesra dengan serangga cantik ini

baba...tengok tu
Pengalaman yang tak dapat dilupakan....banyak iktibar yang diambil. Contohnya melihat rama-rama yang baru keluar kepompong. Masih basah, lemah tak berdaya terbang. ada juga yang survivalnya singkat, mungkin kalah dengan rakan sejenis yang lebih gagah sewaktu berebut pasangan, tersungkur layu atas tanah...begitulah kita Makhluk Nya apabila dijemput nanti hanya sekujur badan tanpa apa-apa kudrat hanya amalan yang menjadi bekalan...

observe rama-rama
puas jalan-jalan...mulalah nak atur jalan ke arah pintu keluar. dengan berat hati melangkah keluar dari Taman menuju ke Galeri dan seterusnya kedai cenderahati yang berada dalam lorong untuk keluar

spesimen yang menarik

No comments:

Post a Comment

SIRIM Cosmetics Training Dec 2018

Entry ni kalau nampak serabut skip jer.. sebab memang agak la keserabutannya... penat otak dan tenaga tapi berbaloi amatlah bagi orang maca...