Monday 20 February 2012

Herba untuk Sabun

Tanpa bosan dengan Seni Pembuatan Sabun atau soap Craft, jejalan kat blog maka jumpa la satu blog yang tak kurang comel sabun-sabunnya bergentayangan di sini ...mana tahu ada yang terbekenankan sabun-sabun Cik Fizza (ermmm Cik ke?...hanya Tuan blog aje yang tahu)...mantap juga warna yang dipilih sehinggakan merambangkan lagi mata....

Bercakap tentang sabun, ada banyak cara untuk dihasilkan di rumah...Hanya perlukan Blok Sabun Gliserin (Base), cairkan dan isikan herba atau bahan fungsi yang diingini. Jom semak herba popular digunakan dalam industri Sabun buatan Tangan.

 Kulit Manggis misalnya mengandungi bahan yang berkesan memutihkan wajah, dan ini juga adalah perawatan wajah yang popular. Lihat saja sabun dari seberang, banyak yang tawarkan sabun Kulit Manggis.
 Lemon kaya dengan AHA, selain menjadi bahan untuk sabun boleh juga dihancur-hancurkan menjadi scrub.



 Tomato yang kaya dengan Lycopene, membantu meremajakan kulit..bukan sahaja menjadi bahan di dapur tetapi dapat digunakan sebagai bahan dalam sabun

 Mulberry yang kaya dengan Vitamin C, dan akarnya pula adalah bahan yang paling berguna dalam dunia kosemtik. Pernah dengar SOHAKUHI Ekstrax, ia adalah satu bahan ekstrak yang popular di Jepun kerana digunakan secara meluas memutihkan wajah.
 Kayu Manis bukan sahaja mujarab merawat Diabetis (Kencing Manis) tetapi dapat juga merawat kulit berjerawat.
 Pegaga sangat berguna untuk merawat kesan penuaan...boleh diamalkan meminum jus dan juga isikan dalam sabun untuk kesan yang lebih baik.
Ehsan Gogle : Dari World Halal Forum 2010
Sabun Base boleh didapati di blog ini, sumber sabun diperolehi dari Syarikat pengeluar Muslim. Pengarah Urusan Syarikat Pn Hajah Famiza Binti Haji Zulkifli (bekas Selebriti) merupakan Pengasas Produk Gunaan Muslim yang berjaya malah menjadi ikon usahawan wanita yang mula bergiat menghasilkan produk keluaran Muslim mengikut standard Halal.

No comments:

Post a Comment

SIRIM Cosmetics Training Dec 2018

Entry ni kalau nampak serabut skip jer.. sebab memang agak la keserabutannya... penat otak dan tenaga tapi berbaloi amatlah bagi orang maca...